Friday, May 7, 2021

spot_img

Inovasi MLGH Dalam Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan PBT

Inovasi merupakan elemen penting yang mampu mengubah dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila sesebuah agensi tersebut berkedudukan di peringkat pentadbiran yang paling dekat dengan rakyat, contohnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menyedari akan hal ini, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) melaksanakan usaha inovasi dengan menggalakkan penyertaan PBT di setiap Bahagian dan Daerah untuk memperkenalkan projek inovatif melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Setiausaha Tetap MLGH, YBhg Datu Antonio Kahti Galis dalam sesi temu ramah bersama Rakan Sarawak baru-baru ini menjelaskan bahawa MLGH bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memantau keberkesanan pelaksanaan projek-projek KIK di peringkat PBT Sarawak.

YBhg Datu Antonio Kahti Galis (pertama dari kiri) ketika ditemuramah oleh RAKAN Sarawak

Menurut beliau, usaha tersebut dapat disaksikan apabila pada tahun 2020, Majlis Daerah Sarikei telah menghantar dua buah kumpulan KIK ke Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) 2020, Regional Innovation Showcase on Team Excellence (RISTEx) 2020 dan The National Team Excellence (NTEx) sempena acara Annual Productivity Innovation and Exposition (APIC) 2020.

Dua buah kumpulan tersebut adalah pasukan VISION Group 6 yang mempertandingkan projek bertajuk New Monitoring System (NEMOSYS) dan kumpulan INVENTO dengan projek Smart Barricade.

Majlis Daerah Sarikei – Dua (2) buah kumpulan KIK menang anugerah emas dalam MTEx 2020 dan RISTEx 2020

Kedua-dua kumpulan telah menerima Anugerah Emas dalam MTEx 2020 dan RISTEx 2020 serta Anugerah Lima Bintang dalam NTEx.

NEMOSYS adalah sistem Pemantauan Perkhidmatan Kebersihan Bandar secara atas talian melalui ‘KOBO Toolbox Monitoring System’, khusus untuk kegunaan pihak kontraktor.

Sistem ini berfungsi apabila pihak kontraktor dikehendaki menghantar laporan harian atau kemas kini dalam masa sebenar melalui aplikasi di telefon pintar.

Manakala projek Smart Barricade pula merupakan sebuah projek penghadang mudah alih yang diperbuat daripada buluh paip PVC.

Smart Barricade menggantikan penghadang besi yang biasa digunakan selama ini oleh pihak kontraktor dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur awam untuk tujuan keselamatan.

Jelas Datu Antonio lagi, 26 buah kumpulan KIK PBT di Sarawak telah menyatakan komitmen untuk lebih aktif pada tahun ini (2021) dalam menghasilkan atau meningkatkan produk inovasi serta perkhidmatan yang tertumpu pada aspek penyelesaian masalah di tempat kerja serta yang memberi manfaat kepada rakyat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]