Inovasi Menyokong Sistem Ekonomi Baharu

0
20

Pemulihan yang menyeluruh Malaysia untuk keluar dari pandemik COVID-19 merangkumi keupayaan negara menggerakkan semula dan mengubah persekitaran secara bersepadu dari segi modal insan, pasaran dan ekosistem inovasi.

Berdasarkan Global Competitiveness Report 2020 tumpuan pemulihan dan kebangkitan semula ke arah sistem ekonomi baharu yang menggabungkan sasaran produktiviti, rakyat dan persekitaran.

Salah satu faktor yang dapat mempercepatkannya ialah meningkatkan prestasi inovasi Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Switzerland, Jerman dan Singapura yang banyak mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Negara (MPC), YBhg Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman  ketika merasmikan (Regional Innovation Showcase on Team Excellence (RISTEx) 2021 menekankan kita tiada pilihan selain perlu menjadikan inovasi sebagai budaya masyarakat kita dan bersedia untuk bangkit semula dengan pantas dan melonjakkan produktiviti melalui penghasilan projek inovasi.

RISTEx 2021 anjuran MPC misalnya melalui projek-projek inovasi Team Excellence yang mengambil bahagian, platform berkenaan dapat memaksimumkan potensi individu, pekerja, organisasi, industri, sektor ekonomi, perkhidmatan, negeri dan seterusnya negara supaya menjadi lebih kompetitif.

Selain menghasilkan penciptaan nilai yang tinggi, ia turut  menambah baik inovasi dan kualiti dalam proses kerja, sistem dan prosedur bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi serta memenuhi kehendak pelanggan.

Penyertaan Team Excellence (TE) 2021 Secara digital

RISTEx 2021, bukan sahaja untuk berkongsi idea kreatif dan inovatif, mentransformasikan projek inovasi serta meningkatkan produktiviti di tempat kerja masing-masing malah turut mengukuhkan serta melestarikan budaya kreatif dan inovasi di dalam sesebuah organisasi.

Konvensyen RISTEx yang diadakan secara dalam talian, selama dua (2) hari iaitu pada 8 dan 9 September merekodkan RM466 juta  penjimatan terhasil dari inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan.

Kumpulan Thunder LPG, PETRONAS DAGANG BERHAD Bintulu, LPG Terminal, yang mengambil bahagian pada hari pertama, RISTEx Wilayah Sarawak
Kumpulan Trigona Tech (MARDI Kuching) yang mengambil bahagian pada hari pertama, RISTEx Wilayah Sarawak

Info Tambahan

KedudukanMalaysia telah meningkat ke tangga 33 berbanding di tangga ke 35pada tahun 2019 daripada 133 negara yang disenaraikan.

Global Innovation Index 2020 (GII 2020)

GII 2020turut melaporkan, dalam kalangan 37 negara berpendapatan sederhana,Malaysia menjadi negara kedua paling inovatif selepas China danberada di kedudukan kelapan (8) di antara 17 negara Asia Tenggara,Asia Timur dan Oceania.

Peningkatan kedudukan Malaysia dalam GII 2020 adalah disokong oleh pencapaian tinggi dalam lima daripada tujuh tonggak GII iaitu Market Sophistication, Human Capital and Research, Business Diversity, Knowledge and Technology Output dan Creative Output

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]