RISTEx Wilayah Sarawak dan Sabah 2021

0
12

Konvensyen Regional Innovation Showcase On Team ExcellenceRISTEx Wilayah Sarawak dan Sabah 2021 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dari 8 hingga 9 September 2021 telah disertai seramai 145 peserta daripada 38 kumpulan yang mewakili 26 organisasi.

Bagi Wilayah Sarawak, inisiatif inovasi terdiri daripada 15 kumpulan mewakili 13 organisasi daripada sektor awam dan swasta telah berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM75,601,651.61 juta walaupun dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Antara organisasi dan agensi kerajaan yang terlibat dalam RISTEx Wilayah Sarawak ialah Kumpulan Trigona Tech (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI, Kuching), Kumpulan Sirius Prime (Majlis Bandaraya Miri), Kumpulan Juseana (Institut Perguruan Sarawak, Tun Abdul Razak (IPTAR), Kumpulan Innovengers (Unit Agama-Agama Lain -UNIFOR) Sarawak, Kumpulan TR Evolution (Majlis Daerah Sarikei), Kumpulan Q1 Team (Akauntan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Sarawak), Kumpulan Saf 2 (IPTAR) dan Kumpulan TS Gemilang (Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh)

Kumpulan Q1 Team (Akauntan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Sarawak)
Kumpulan Sirius Prime (Majlis Bandaraya Miri)

Konvensyen tersebut diadakan serentak secara dalam talian seluruh Malaysia termasuk di Ibu Pejabat, Wilayah Selatan, Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Utara

Secara keseluruhannya, Konvensyen RISTEx sepanjang dua hari yang dijalankan secara serentak di Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Wilayah MPC telah berjaya merekodkan jumlah penjimatan sebanyak RM466 juta yang terhasil dari inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan.  Ianya melibatkan 196 kumpulan TE daripada 95 organisasi dengan penglibatan seramai 1,411 orang.

Berdasarkan laporan dari Global Innovation Index 2020 (GII 2020) yang diterbitkan oleh World Intellectual Property Organisation (WIPO), kedudukan Malaysia telah meningkat ke tangga 33 berbanding di tangga ke 35 pada tahun 2019 daripada 133 negara yang disenaraikan.

GII 2020 turut melaporkan, di kalangan 37 negara berpendapatan sederhana, Malaysia menjadi negara kedua paling inovatif selepas China dan berada di kedudukan kelapan di antara 17 negara Asia Tenggara, Asia Timur dan Oceania.    

Kajian tersebut juga  menunjukkan bahawa penekanan kerajaan ke arah usaha meningkatkan kreativiti dan inovasi negara telah meningkatkan prestasi negara berbanding tahun sebelumnya.

Kumpulan TR Evolution (Majlis Daerah Sarikei)
Kumpulan Innovengers (Unit Agama-Agama Lain -UNIFOR) Sarawak

Berkaitan dengan Konvensyen RISTEx, ia merupakan inisiatif MPC untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi walaupun ketika negara dalam keadaan pandemik.

Melalui program ini, warga kerja dalam organisasi akan menjana idea-idea kreatif untuk ditransformasikan menjadi projek inovatif yang akan memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan sebagai satu pasukan.

Di samping itu, usaha dan inisiatif di peringkat organisasi ke arah mengukuhkan budaya inovasi ini telah membantu meningkatkan daya saing negara.

Kumpulan Juseana (Institut Perguruan Sarawak, Tun Abdul Razak (IPTAR)
Kumpulan Saf 2 (IPTAR)

Majlis Perasmian Penutupan dan Penganugerahan bagi mengumumkan keputusan RISTEx 2021 akan dijalankan pada 21 September 2021 secara atas talian bagi mengumumkan pengiktirafan Emas, Perak atau Gangsa dan Anugerah Video Terbaik.

Kumpulan yang bertanding di RISTEx ini juga berpeluang untuk menyertai Konvensyen Peringkat Kebangsaan dan seterusnya melayakkan mereka untuk  bertanding ke peringkat antarabangsa.

Kumpulan TS Gemilang (Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]