Rancangan Strategik Korporat MARDI 2021 – 2030

0
50

Rancangan Strategik Korporat MARDI 2021 – 2030 (CSP) telah menggariskan hala tuju dan pelbagai inisiatif dan program yang akan dilaksanakan dengan menerapkan penyelidikan berteraskan permintaan dan penggunaan teknologi canggih untuk menghasilkan produk inovatif dan bernilai tinggi.

CSP tersebut menggariskan lima (5) teras untuk meningkatkan produktiviti tanaman dan ternakan melalui inovasi penyelidikan serta memodenkan pertanian dengan teknik dan teknologi terkini.

Selain itu, CSP tersebut turut menggariskan penerokaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti; memperkasakan kaedah pemindahan teknologi kepada kumpulan sasaran; dan memperkukuh serta memperkasa visibiliti dan tadbir urus organisasi.

Pengarah MARDI Sarawak, Encik Mohammad Noor Adros Yahya

Matlamat MARDI menerusi CSP ini adalah untuk memberikan sumbangan penting dalam mengubah industri pertanian supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Perkara ini dikongsi oleh Pengarah MARDI Sarawak, Encik Mohammad Noor Adros Yahya dalam sesi temu ramah yang diadakan bersama RAKAN Sarawak secara dalam talian baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau menyatakan bahawa CSP tersebut merangkumi lima (5) teras dan 19 strategi berserta pelan tindakan berkaitan yang disesuaikan.

Teras dan strategi ini bertujuan untuk mencipta perubahan baharu dengan ‘pertanian moden, makanan sihat dan persekitaran tempat tinggal yang lestari’ serta turut diberikan penekanan yang tinggi seiring pembangunan teknologi bagi meningkatkan pendapatan petani.

Rancangan strategik ini turut merangkumi inisiatif bagi meningkatkan kecekapan institusi, tadbir urus yang lebih baik, pengoptimuman sumber dan peningkatan jaringan kerjasama.

Antara strategi dalam CSP MARDI ialah membangunkan penyelidik dan pentadbir yang cekap dan produktif dengan memberi fokus kepada komitmen MARDI untuk memupuk, mengiktiraf dan membangunkan bakat dengan menggalakkan pencarian, penemuan, pewujudan serta penggunaan pengetahuan dan teknologi baharu.

Objektifnya adalah untuk membolehkan penyelidik dan pentadbir membina reputasi dalam dan luar negara dengan menghasilkan R&D berkualiti dalam bidang yang dikenal pasti, dan juga mewujudkan budaya tempat kerja yang positif dan dinamik.

Pekerja yang komited merupakan aset yang sangat penting bagi sesebuah organisasi seperti MARDI, justeru tanggungjawab membuat penyelidikan dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan memerlukan tumpuan komitmen yang tinggi.

MARDI sentiasa menerapkan budaya positif dalam kalangan pekerja dan memastikan warga kerja sentiasa bermotivasi untuk menjadi pemangkin kepada pencapaian dan kepuasan hati individu

Setiap tahun, MARDI mengadakan Anugerah Inovasi MARDI (AIM) sebagai pengiktirafan kepada pegawai R&D dan kakitangan MARDI yang telah memberi sumbangan dan mencapai kecemerlangan sepanjang tahun penilaian dalam bidang R&D, inovasi serta pengkomersialan.

Anugerah-anugerah inovasi tersebut ialah;

  1. Anugerah Penulis Prolifik MARDI
  2. Anugerah Pemindahan Teknologi Gunaan Awam Terbaik MARDI
  3. Anugerah Saintis Muda MARDI:
  4. Anugerah Saintis Cemerlang MARDI:
  5. Anugerah Pengkomersialan Teknologi Terbaik MARDI:
  6. Anugerah Projek Penyelidikan Bidaan Luar Terbaik MARDI:
  7. Anugerah Juruteknologi (Penyelidikan) Terbaik MARDI:
  8. Anugerah Juruteknologi (Pemindahan Teknologi) Terbaik MARDI:

Dalam perkara lain, Encik Mohammad Noor Adros Yahya turut memaklumkan kepada RAKAN Sarawak tentang perancangan MARDI untuk tempoh tiga tahun akan datang (2022-2024).

Antara perancangan tersebut ialah pembinaan bangunan pejabat sebagai pusat kecemerlangan biodiversiti dan enam (6) unit kuarters di MARDI Bintulu yang kini sudah dalam proses pembinaan dan dijangka siap menjelang Disember 2022.

MARDI Bintulu dirancang untuk menjalankan konservasi pelbagai spesies buah-buahan nadir yang terdapat di Sarawak.

MARDI Bintulu dirancang untuk menjalankan konservasi pelbagai spesies buah-buahan nadir (buah bambangan) yang terdapat di Sarawak

Kajian lebih kepada mengenal pasti kepelbagaian diversiti suatu spesies dan mengenal pasti varieti atau ciri-ciri genetik yang unik bagi tujuan pembiakbakaan pada masa akan datang untuk memenuhi keperluan menyelamatkan daripada pupus, keperluan keselamatan makanan dan mitigasi perubahan iklim.

Buat masa ini buah-buahan nadir yang ada ini termasuk langgir, terap, jambu bol, dabai, durian isu, ucong, serait, kemantan, kuini, asam kumbang, engkalak, binjai, kristal dan bambangan.

MARDI Bintulu dirancang untuk menjalankan konservasi pelbagai spesies buah-buahan nadir (buah terap) yang terdapat di Sarawak

Pada masa ini, MARDI berdepan dengan situasi dunia dan negara yang semakin mencabar dengan isu perubahan iklim, penularan pandemik, urbanisasi, perubahan demografi, pencemaran, degradasi tanah dan peningkatan jumlah sisa makanan, MARDI perlu memainkan peranan dengan mewujudkan pengagihan kemakmuran yang seimbang dan lebih saksama dalam sektor pertanian di negara ini.

MARDI Bangunkan teknologi tanam kubis bunga di tanah rendah

Oleh yang demikian, satu faktor yang memberikan impak signifikan ke atas R&D MARDI ialah penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan penglibatan bersama pihak berkepentingan, memacu inovasi teknologi dan meningkatkan kecekapan, mengurangkan masa kitar dan menjimatkan kos.

Berdepan cabaran akan datang, amatlah penting untuk MARDI mengambil inisiatif pertanian baharu yang menerapkan penggunaan teknologi digital bagi menjamin keselamatan makanan berkhasiat di samping memastikan kelestarian persekitaran dan agihan peluang ekonomi yang saksama.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]