SARADEC Perkasa Industri Perabot Sarawak

0
26

Pada tahun 2015, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu Sarawak Design Center (SARADEC) sebagai satu usaha untuk melahirkan kumpulan pereka muda (designer) reka bentuk perabot yang boleh membantu pembangunan industri perabot di Sarawak.

Logo SARADEC

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SARADEC, Puan Dayang Nena Abang Bruce, melalui kolaborasi antara PUSAKA dan SARADEC, program latihan untuk lepasan graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang perabot dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif SARADEC, Puan Dayang Nena Abang Bruce

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh RAKAN Sarawak pada 7 Jun 2022, di mana tujuan temu bual tersebut adalah untuk mendapatkan pencerahan berhubung peranan, pelaksanaan projek dan pencapaian SARADEC sejak ia ditubuhkan.

Jelas beliau, peranan utama SARADEC adalah untuk membangunkan bakat atau kemahiran dengan membina dan membimbing kumpulan pereka muda lepasan universiti dalam reka bentuk perabot untuk menjadikan mereka pereka perabot yang terkenal di dunia atau ‘World Class Furniture Designers’.

Dalam pada itu, matlamat penubuhan SARADEC pula adalah untuk memastikan wujudnya kumpulan pereka muda reka bentuk perabot yang boleh membantu pembangunan industri perabot di Sarawak di mana SARADEC menyasar untuk melahirkan 100 pereka muda perabot menjelang tahun 2030.

Beliau menyifatkan matlamat tersebut adalah selari dengan visi Kerajaan Sarawak untuk mencapai sasarant eksport perabot bernilai RM6 juta menjelang 2030.

Antara reka bentuk perabot yang dihasilkan oleh pereka bentuk (designer) di SARADEC

Menurut beliau, SARADEC telah membina satu program latihan dalam reka bentuk perabot selama dua tahun untuk pengambilan para lepasan graduan dari UNIMAS sejak tahun 2018.

Selain dari UNIMAS, SARADEC turut mewujudkan kolaborasi bersama Institut Teknologi Bandung (ITB) dalam melaksanakan program latihan ini.

Antara reka bentuk perabot yang dihasilkan oleh pereka bentuk (designer) di SARADEC

Semasa menjalankan latihan selama dua tahun, para pelatih diberi beberapa kemudahan seperti;

  1. Elaun bulanan selama 2 tahun;
  2. Tempat kediaman (tempatan dan di luar negara)
  3. Tempat menjalankan latihan industri (Industrial Attachment)
  4. Studio untuk menjalankan tugasan
  5. Tiket penerbangan ke Bandung, Indonesia
  6. Yuran pengajian yang percuma
  7. Penyertaan dalam pameran tempatan dan di peringkat antarabangsa
  8. Lawatan ke pusat rekaan/pameran di luar negara
  9. Penyertaan dalam Program Inkubator selepas tamat pengajian latihan dan

di bayar elaun bulanan

  • Cuti peristiwa selama 5 hari
  • Penyertaan dalam program SayD’SignersSarawak Link and Match (SLIM)
  • Peluang untuk menubuh rangkaian dan pasaran.
  • Pengeluaran Prototype dan Model perabot.
  • Publisiti

Sejak 2018 hingga 2022, seramai 32 orang peserta/graduan telah menamatkan kursus atau pengajian di SARADEC iaitu;

  • 2018 – Kumpulan 1 – (6 orang)
  • 2019 – Kumpulan 2 – (9 orang)
  • 2020 – Kumpulan 3 – (6 orang)
  • 2021 – Kumpulan 4 – (5 orang)
  • 2022 – Kumpulan 5 – (6 orang)

Sehubungan itu, antara pencapaian berimpak besar yang telah dicapai oleh SARADEC ialah di mana seramai tujuh (7) orang telah diterima bekerja di syarikat pembuatan perabot tempatan sebagai pereka perabot;

Antara reka bentuk perabot yang dihasilkan oleh pereka bentuk (designer) di SARADEC

Manakala, seramai 15 orang sedang mengikuti Program Inkubator (Entrepreneurship skill) dimana mereka dipadankan dengan syarikat pengeluar perabot tempatan.

Dengan adanya pendedahan ini, banyak syarikat perabot yang selama ini tidak menggunakan khidmatpereka, sudah mula menunjukan minat mereka untuk bekerjasama dan mengambil perekaperabot bagi tujuan mempelbagaikan reka bentuk produk dan meluaskan pasaran termasukpasaran eksport.

Bangunan SARADEC yang terletak di Satok
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]