Penglibatan Dalam Koperasi Ubah Kehidupan Ahli

0
32

Lebih daripada 17 buah gerai jualan yang dibuka yang bukan sahaja daripada pihak koperasi malah, terdapat ruang khidmat dan jualan lain juga di buka di HKN22 Peringkat Negeri Sarawak kali ini.

RAKAN Sarawak sempat menemu bual Pengurus Koperasi Bangun Boyan Berhad (KBBB), Encik Muhammad bin Sabli di gerai jualan beliau di HKN22 Peringkat Negeri Sarawak
KBBB telah menghasilkan beberapa produk tempatan yang berasaskan daripada nanas seperti Sos Nanas, Jem Nanas, Tart Nanas dan daripada Jantung Pisang pula adalah Kerepek Jantung Pisang.
Menurut ahli KBBB, produk yang dihasilkan seperti daripada nanas diperoleh dari Betong dan terus diproseskan di kilang mereka di Betong dan beliau memaklumkan bahawa KBBB mempunyai 24 usahawan dalam mengusaha produk-produk ini
Produk-produk daripada Koperasi Keluarga Hajah Alam Lawas Berhad berasaskan ikan tahai
Aksesori Wanita seperti gelang, rantai dan anting-anting yang diperbuat dengan corak yang unik daripada Kaum Bidayuh di Serian
Tidak ketinggalan, produk Pua Kumbu dan beg anyaman daripada Sarawak telah diolah bukan sahaja sebagai kain, malah dijadikan bentuk beg dan dompet dijual di HKN22 Peringkat Negeri Sarawak
Dua beradik daripada Koperasi Keluarga Dyg Aminah & Mohd Zain Berhad atau nama komersial dikenali sebagai DamoZ diuruskan oleh Dayang Rubiani Ada Uyah binti Abang Mouhammad Hashim (Kanan)
Terdapat sembilan (9) produk yang dikeluarkan oleh Koop DamoZ seperti bahan disinfeksi, baja organik, hand sanitizer dan produk rawatan muka dan produk ini juga turut disahkan oleh SIRIM
Koperasi Kariah Masjid Beladin Al-Amin Betong Berhad yang menjual produk nanas dan gula apong
Lebih unik lagi, Koperasi Kariah Masjid Beladin Al-Amin Betong Berhad yang telah menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli produk yang terkenal dan asli dari Betong

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]