KSN Turun Padang Ke Projek Sekolah Daif di Sarawak

0
164

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak,  YB. Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki  dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Dato’ Amir bin Omar sempat mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sarawak iaitu di SK Kg. Empila, Kota Samarahan, Sarawak pada 6 Ogos 2022.

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak penting bagi memastikan projek ini siap mengikut jadual
Lawatan ini diadakan untuk memantau kemajuan projek pembinaan gantian bangunan sekolah yang telah daif dan uzur di SK Kpg Empila

Lawatan ini diadakan untuk memantau kemajuan projek pembinaan gantian bangunan sekolah yang telah daif dan uzur di SK Kpg Empila, Kota Samarahan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang lebih moden dan selesa kepada warga penduduk setempat.

Projek naik taraf yang bernilai RM3.8 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2022

Projek ini dilaksanakan di bawah Projek Sekolah Daif RM1 Bilion yang merupakan usaha sama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) diberikan taklimat terkini kemajuan projek oleh Jurutera Kanan, Jabatan Kerja Raya Sarawak,  Encik Fahrurazi Sulaiman bagi memaklumkan status kemajuan pembinaan di tapak dan isu-isu berbangkit yang perlu diselesaikan dengan kerjasama pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekitar tinjauan projek ke SK Kampung Empila

KSN dimaklumkan bahawa bangunan asal sekolah ini yang melibatkan sembilan (9) buah bilik darjah dan satu blok pentadbiran yang dibina daripada kayu mengalami kerosakan teruk akibat dimakan anai-anai serta tidak selamat digunakan.

Projek naik taraf yang bernilai RM3.8 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2022 dan KSN berharap agar semua pihak yang terlibat dapat memastikan projek ini disempurnakan seperti mana yang telah dirancang demi keselesaan pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif serta selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara turun menandatangani buku pelawat SK Kampung Empila
Kehadiran Setiausaha Kerajaan Sarawak pada lawatan kali ini akan memastikan projek ini siap mengikut jadual

Lawatan ini turut disertai oleh TKSUK, JPM , YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, TKPPM, KPM, -YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah, ICU, JPM, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi dan Pengarah Pendidikan Sarawak, YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, SUB, Bahagian Pembangunan, KPM, YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim dan Pengarah ICU Sarawak, YBrs. Encik Jasni bin Jubli.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]