Untuk Pembangunan Berterusan Sarawak

0
61

Kerjasama Sarawak dan Persekutuan

Kerjasama berterusan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar tiada mana-mana kawasan di negeri ini tertinggal dalam aspek pembangunan.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menekankan kepentingan aspek kerjasama ini ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak pada 13 Ogos 2022.

Premier Sarawak melakukan acara Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 di perkarangan DUN Sarawak
Pelepasan Acara Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia merentasi Jambatan Darul Hana
Semangat kebangsaan dan patriotisme amat penting di mana semangat ini akan sentiasa menyatukan kita ke arah sebuah negara yang terus aman dan makmur

Sarawak, menurut Premier Sarawak berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah memperuntukkan RM 4.6 bilion melalui Bajet 2022, bagi perbelanjaan pembangunan bertujuan antaranya untuk melaksanakan projek-projek bekalan air dan elektrik, jalan raya dan kemudahan pendidikan serta kesihatan.

Begitu juga dengan peruntukan pembangunan Kerajaan Sarawak sekitar RM 8 bilion akan meningkatkan keupayaan Sarawak untuk melaksanakan lebih banyak program dan projek pembangunan untuk keselesaan rakyat.

Selain itu, Sarawak menyambut baik pengumuman terkini Perdana Menteri berhubung dua projek pemangkin pembangunan utara Sarawak berjumlah RM10.62 bilion membabitkan Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) di mana pastinya jalinan jalan raya yang sempurna di kawasan terbabit akan menjanakan pelbagai aktiviti sosioekonomi setempat.

Kerjasama negeri dan pusat harus terus berkekalan dalam suasana muhibah demi pembangunan keseluruhan negeri ini lebih-lebih lagi Kerajaan Sarawak kini  berusaha memastikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030 menjadi kenyataan seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Sesungguhnya tumpuan PCDS 2030 ialah untuk menjana ekonomi melalui sektor-sektor yang berpotensi besar seperti pertanian komersial yang dipacu oleh teknologi, industri petroleum dan pembangunan sumber-sumber baharu seperti hidrogen, carbon capture Utilisation and Storage (CCUS) dan perniagaan karbon.

Di sebalik itu, jelas beliau Sarawak mempunyai dana yang sentiasa berkembang untuk tujuan pembangunan dan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat akan mempertingkatkan lagi kemampuan negeri ini untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara enam (6) ke lapan (8) peratus sehingga 2030 supaya impian untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi mampu direalisasikan.

Poster Pelepasan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini, beliau menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk turut serta dalam semua program yang diadakan terutamanya dalam mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang sebagai amalan patriotisme dan kesatuan rakyat sebagai sebuah negara bangsa.

Semangat kebangsaan dan patriotisme pada semua pihak amat penting di mana semangat ini akan sentiasa menyatukan kita ke arah sebuah negara yang terus aman dan makmur.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil Konvoi Kembara Merdeka yang diterima Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki
Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil Konvoi Kembara Merdeka yang diterima Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato Amir bin Omar
Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak
Poster Pelepasan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]