Sedia Untuk Berkhidmat, Berusaha Menjadi Terbaik

0
27

Graduan Program Perubatan UNIMAS yang telah tamat pengajian dan sedang mengikuti latihan (housemanship) selama dua (2) tahun sehingga tahun 2023, supaya bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja di Sarawak terutamanya di luar bandar yang amat memerlukan perkhidmatan pegawai perubatan.

Demikian harapan dan nasihat Pengarah Yayasan Sarawak, Haji Mersal bin Abang Rosli kepada Kohort atau Kumpulan Pertama 35 orang graduan  perubatan (Pemegang Biasiswa Khas Program Perubatan ketika diminta mengulas mengenai pelajar yang telah pun menamatkan pengajian dan menerima ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di UNIMAS baru-baru ini.

Jelas beliau, dengan keberadaan mereka di sana nanti akan menyumbang kepada penyediaan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada rakyat.

Pada masa yang sama, graduan ini hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi pakar di dalam bidang disiplin masing-masing dan justeru itu, akan menambahkan bilangan anggota pakar yang juga kekurangan di Sarawak.

Graduan di bawah Program Perubatan UNIMAS menerima Ijazah Doktor Perubatan

Bagi pelajar yang sedang mengikuti program ini, pesan beliau semoga mereka gigih berusaha seperti mana rakan mereka yang telah berjaya menempuh sebarang rintangan, terutama semasa pandemik COVID- 19.

Menurut beliau, Program Perubatan Fasa Pertama melibatkan lima (5) kohort dengan pengambilan pertama seramai 40 pelajar tahun pertama yang sedang mengikuti ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di UNIMAS.

Program selama lima (5) tahun ini akan berterusan untuk lima (5) kohort. Kohort pertama telah bermula pada tahun 2017 dan tamat pada tahun 2021 dan selepas itu  mereka akan diberi penempatan untuk dua (2) tahun mengikuti latihan mulai tahun 2022.

Manakala, Kohort ke-5 (terakhir bagi fasa pertama ini) pula jelas beliau telah pun bermula pada tahun 2021 dan akan tamat pengajian pada tahun 2025.

Program Perubatan UNIMAS salah satu usaha Yayasan Sarawak meningkatkan bilangan doktor perubatan di Sarawak

Program ini penting, menurut beliau kerana sebelum program ini dilaksanakan jurang antara pegawai perubatan dan penduduk bagi negeri Sarawak amat besar, iaitu secara purata 1:  1,104 berbanding nisbah negara iaitu 1: 600.

Tambahan lagi, hanya 70% daripada mereka adalah mereka yang berasal dari Sarawak. Justeru itu, bagi meningkatkan bilangan doktor perubatan di Sarawak di samping menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada rakyat, maka Yayasan Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini.

Berbalik kepada kohort pertama ini, jelas beliau setiap kohort seramai 40 orang pelajar akan dipilih. Namun begitu, untuk kohort pertama, seramai 35 orang telah berjaya memperoleh ijazah pertama setelah mengikuti program selama lima (5) tahun.

Eugenius Then Ji Xuan salah seorang daripada 35 orang graduan Program Perubatan UNIMAS

Manakala tiga (3) orang lagi masih kandas kerana belum melengkapkan syarat lulus sepenuhnya dan dua (2) orang lagi pelajar telah gagal peringkat awal dan tidak digantikan.

Pemilihan pelajar ke program khas ini di UNIMAS adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak UNIMAS dan lulus temuduga yang dijalankan oleh Panel Temuduga yang dilantik oleh Yayasan Sarawak.

Butiran pelajar-pelajar Perubatan Kohort Pertama adalah seperti berikut:

ii) Jumlah Pembiayaan

• Pembiayaan bagi seorang pelajar perubatan merangkumi elemen- elemen berikut:

Mengenai penajaan 40 pelajar sesuatu kohort selama lima (5)  tahun, Yayasan Sarawak menurut beliau memperuntukkan RM20 Juta, iaitu RM4.0 Juta setahun.

Syarat-Syarat Selepas Menamatkan Pengajian

  • Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian adalah dikehendaki, seperti mana dinyatakan dalam perjanjian kontrak, berkhidmat di Sarawak selama sepuluh (10) tahun.
  • Di bawah program ini, di mana pelajar-pelajar dibiayai di bawah skim biasiswa khas, mereka tidak perlu membayar balik setelah mereka lulus dan tamat pengajian.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal atau tidak menamatkan pengajian atau diberhentikan, maka mereka dikehendaki untuk membayar secara sekali gus keseluruhan bantuan yang telah disalurkan.
  • Pelajar-pelajar adalah dilarang untuk berhijrah ke luar negara sepanjang tempoh berkuat kuasanya perjanjian ikatan dengan Kerajaan Sarawak.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]