Penghadang sementara adalah peralatan logistik yang digunakan untuk mengawal lalu lintas sementara, melindungi pengguna jalan lain, atau menandakan kawasan berbahaya.
Kadangkala, penghadang sementara juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti menghalang akses ke kawasan tertentu, membina pagar sementara, atau mengurangkan kesan bunyi.
Berfungsi sebagai penetapan trajektori pergerakkan lalulintas serta mengawal pergerakkan orang ramai dalam usaha memutuskan rangkaian penyakit berjangkit.
Tetapi ada kelemahan peralatan ini iaitu ia mengambil masa untuk digerakkan atau “dikerah” bagi tujuan kecemasan , dimana alatan asal terlalu berat, melibatkan kos yang mahal dan tenaga kerja yang ramai untuk digunakan.
Permasalahan ini, telah mencetuskan idea kepada sembilan (9) ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK Engkabang) dari Majlis Daerah Maradong Dan Julau (MDMJ) untuk mencipta inovasi yang mereka panggil sebagai Sawetro Alangan di bawah Kategori Inovasi Penciptaan.
Sawetro Alangan yang di ambil dari Bahasa Jawa yang bermaksud penghadang sementara.
Fungsi utama penghadang ini adalah untuk menjalankan tindakan awal kepada sebarang aduan yang diterima oleh pihak Majlis.
Sawetro Alangan ini mudah digunakan kerana ianya fleksibel, ringan dan jimat ruang. Penghadang ini sesuai digunakan di semua tempat dan aktiviti yang memerlukan penghadang dalam kadar segera.
Ketua Kumpulan KIK Engkabang, Encik Wilker Ak Anchar ketika ditemubual RAKAN Sarawak berkata rekabentuk yang fleksibel, ringan & jimat ruang sesuai digunakan di semua tempat oleh mana-mana agensi yang memerlukan penghadang dengan kadar segera.

Jelas beliau, sebelum memulakan inovasi ini, dia Bersama ahli Kumpulan KIK telah melakukan percambahan fikiran serta mencari penyelesaian kepada kesulitan permasalahan tersebut termasuklah pengurangan pengunaan tenaga kerja dan kos penghasilan.
Setelah mengenalpasti masalah, menurut Encik Wilker pihaknya membuat perbincangan untuk mengatasi masalah tersebut dengan menukar besi ke bahan lebih murah, mudah dikendalikan dan tanpa menggunakan tenaga kerja yang banyak.
Kesan daripada penciptaan semula bahan tersebut, ianya ternyata telah memberikan impak yang positif kepada organisasi kerana jauh lebih baik dan mesra pengguna.
Jangkaan manfaat daripada projek inovasi tersebut, hendaklah dapat menjimatkan kos, masa, dan tenaga kerja yang minima untuk aplikasi pengunaannya serta praktikal (mudah digunakan).
Prototaip asal pertama Sawetro Alangan terdiri daripada komponen seperti besi kanopi yang terpakai (Penjimatan dari segi kewangan), adjustable bracket (untuk keutuhan projek dan kestabilan projek), skru dan nat (mencantumkan setiap bahan atau kompenen yang digunakan dalam pembuatan projek) dan rivet bullets (Untuk mencamtumkan adjustable bracket ke besi kanopi).



Menurut Encik Wilker, dalam menyelesaikan masalah ini, mereka menggunakan material yang lebih ringan dan kos yang murah, dengan berjaya menghasilkan prototaip mudah alih yang dapat menjimatkan ruang.
Hasil daripada maklum balas agensi sukarelawan Sarawak menyatakan aplikasi prototaip pertama sesuai dengan keadaan jalan kampung yang sempit.
Selain itu, prototaip ini memudahkan sukarelawan wanita untuk mengalihkan prototaip tersebut. Penggunaan di tamu amatlah sesuai untuk digunakan menjaga keluar masuk orang awam.



Encik Wilker berkata dengan adanya projek ini, pihak pengurusan MDMJ khasnya dapat memberi perkhidmatan yang pantas, cekap dan telus sekaligus menaikkan imej majlis dalam membantu komuniti.
Sawetro Alangan” ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pihak Majlis, malah sesuai digunakan oleh Agensi lain. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak lain dalam melaksanakan perkhidmatan mereka.
Bertitik tolak dari prototaip pertama versi pertama sehinggalah versi ketiga dan seterusnya mereka sedang dalam peringkat melakukan penambahbaikan dengan meningkatkan ciri keselamatan seperti meletakkan Light Emitting Diode (LED) warna kuning dan merah, bateri caj semula untuk menyimpan tenaga elektrik daripada tenaga solar, meletakkan GPS (sistem global positioning), sticker reflector, solar panel dan besi aluminium yang lebih kukuh.
Projek ini mendapat pengiktrafan Anugerah Khas SCSICA , Kumpulan Engkabang dari Majlis Daerah Maradong dan Julau menerusi projek Sawetro Alangan pada Majlis Sarawak Civil Service Innovation Awards 2022.





Perbandingan Penghadang dan Sawetro Alangan | |
Penghadang Lama (Sebelum) | Penghadang Sawetro Alangan (Selepas) |
Besi yang digunakan oleh penghadang Sementara ini berat.Penghadang Sementara ini tidak dapat diletakkan pada kereta yang mempunyai muatan rendah.Dalam proses penggunaan , penyimpanan produk mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak. Tidak dapat diangkat oleh manamana individu berseorangan. 5. Berat lebih kurang 60kg. | Ahli kumpulan menggunakan aluminium dan penghadang kurang berat.Penghadang Sementara ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja. Proses penggunaan produk tidak mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak. Dapat diangkat oleh individu. Berat lebih kurang 20kg. |