- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 7:43pm

NREB Sedia Laksana Pemindahan Autonomi dan Fungsi Baharu

Must read

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sebagai peneraju agensi alam sekitar di Sarawak  kini sedang meningkatkan sumbernya termasuk tenaga kerja, infrastruktur dan persekitaran kerja sebagai tindak balas kepada cabaran kelestarian alam sekitar dan pemindahan autonomi terhadap alam sekitar yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada persekutuan kepada negeri.

Sarawak telah membuat pindaan terhadap Ordinan Sumber Asli Dan Alam Sekitar (Natural Resource Environmental Ordinance (NREO) 1949 dan akhirnya melahirkan penubuhan agensi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB)pada 1994

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, YB Datuk Len Talif Salleh berkata pihaknya sedang meneliti butiran secara progresif dan melihat aspek perundangan, pentadbiran dan kewangan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ulang Tahun Ke-30 NREB di Menara Pelita, Petra Jaya pada 1 Februari 2024.

Tahun ini (2024), genap 30 tahun penubuhan NREB yang membuktikan Sarawak antara terawal memberikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar

Berhubung dengan perkara tersebut, menurut beliau Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal mengenai pelaksanaan MA63 berkenaan dengan alam sekitar telah pun ditubuhkan pada tahun 2023 untuk merancang dan memantau secara strategik pelaksanaan pelan tindakan oleh jawatankuasa kerja masing-masing iaitu perundangan, sumber manusia, sistem dan infrastruktur.

Atas dasar itu juga, beliau yakin  NREB boleh mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa berjadual di Sarawak daripada Jabatan Alam Sekitar mulai  1 Januari tahun depan (2025).

Pengambilalihan tersebut jelas beliau adalah selaras dengan autonomi Sarawak terhadap alam sekitar di bawah  MA63.

Menyentuh mengenai penambahan fungsi baharu (termaktub dalam Kelestarian Alam dan Ekonomi Baharu Sarawak), beliau berkata NREB juga telah diamanahkan dengan fungsi baharu, khususnya mengenai perkara yang berkaitan dengan penangkapan dan penyimpanan karbon, kawalan pelepasan gas rumah hijau dan inisiatif hijau lain.

Antaranya fungsi tambahan tersebut termasuklah inisiatif Baharu yang dijangka bakal dilaksanakan oleh NREB seperti kawalan pengangkutan, pengesahan dan pemeriksaan gas berjadual yang akan dibawa ke luar negara untuk penyimpanan di Sarawak.

Selain itu, mengawal selia, mengawal  inventori pelepasan gas rumah hijau, penilaian levi karbon dan pelaksanaan strategi, pelan tindakan dan insentif ke arah pengurangan atau pengurangan gas rumah hijau.

Sementara itu, mengenai acara Ulang Tahun Ke-30 NREB pada tahun ini, beliau berkata pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tahun termasuk majlis makan malam yang akan diadakan pada pertengahan tahun ini.

Pelbagai acara telah disusun bagi meraikan 30 tahun kewujudan NREB

Turut hadir pada majlis tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar,YBhg Datu Zaidi Mahdi dan Kontroler NREB, YBrs Jack Liam.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article