- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Kepimpinan Sarawak Energy Terima Anugerah MSOSH ke-42

Must read

MSOSH ialah pertubuhan bukan keuntungan (NPO) yang berdedikasi untuk mempromosikan standard keselamatan dan kesihatan tempat kerja di seluruh Malaysia. MSOSH menyokong syarikat dalam mencapai dan mengekalkan amalan terbaik dalam keselamatan pekerjaan melalui sumber, latihan dan pensijilan.

Sejak 1982, MSOSH telah menganjurkan Anugerah MSOSH tahunan untuk mengiktiraf organisasi di Malaysia untuk prestasi OSH yang cemerlang.

Syarikat dinilai secara menyeluruh melalui semakan dokumen dan audit di tapak oleh juruaudit MSOSH yang berkelayakan dan pengiktirafan  diberikan kepada tokoh atau individu yang menunjukkan amalan keselamatan yang konsisten, proaktif dan berkesan.

Naib Presiden Eksekutif Sarawak Energy (Penyampaian Projek), Ir. Pramod Kumar Karunakaran (kedua kanan), menerima Anugerah Kepimpinan Khas dalam Keselamatan dan Kecemerlangan Kesihatan Pekerjaan daripada Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (dua kiri), Ketua Setiausaha Negara Malaysia. Sumber: Sarawak Energy

Majlis berprestij MSOSH ke-42 telah menyaksikan kecemerlangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Haji Sharbini Suhaili apabila beliau menerima Anugerah Presiden atas kepimpinannya dalam mempromosikan kecemerlangan keselamatan dan kesihatan di seluruh organisasi yang disampaikan oleh Presiden MSOSH, Ahmad Fakhrul Anuar Ismail, dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anugerah berkenaan mengetengahkan usaha Datuk Haji Sharbini Suhaili sejak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 2016 dalam transformasi budaya “Sarawak Energy’s Health, Safety, Security, and Environment (HSSE)”.

Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak Energy lebih mengutamakan keselamatan, mengurangkan kemalangan dan kecederaan di samping meningkatkan kesejahteraan pekerja dan kecekapan operasi.

Sejak tahun 2017, HSSE telah menjadi keutamaan dan tanggungjawab bersama di Sarawak Energy, dengan tumpuan untuk menerapkan budaya kecemerlangan HSSE di seluruh organisasi.

Sarawak Energy percaya bahawa memupuk budaya ini bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan tetapi juga memacu kecemerlangan dalam bidang utama lain, termasuk prestasi teknikal, operasi, penyampaian projek, hasil komersial dan pengurusan bakat.

Di samping pengiktirafan yang diterima oleh Datuk Haji Sharbini Suhaili, Ir. Pramod Kumar Karunakaran, Naib Presiden Eksekutif Sarawak Energy (Penyampaian Projek) turut diberi penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Khas dalam Keselamatan dan Kecemerlangan Kesihatan Pekerjaan.

Anugerah tersebut mengiktiraf pemimpin yang menunjukkan komitmen yang luar biasa untuk meningkatkan standard keselamatan dan mempromosikan budaya kesejahteraan dalam organisasi yang diamanahkan.

Seterusnya, Sarawak Energy telah dianugerahkan 22 anugerah bagi standard keselamatan dan kesihatan di seluruh kemudahan penjanaan, penghantaran dan pengedaran. Anugerah berkenaan adalah:

  • Tujuh (7) Anugerah Merit Emas
  • Sepuluh (10)  Anugerah Emas Kelas I
  • Empat (4) Anugerah Emas Kelas II
  • Satu (1) Anugerah Perak

Mengulas mengenai pencapaian Sarawak Energy, Datuk Haji Sharbini Suhaili menekankan bahawa anugerah itu mencerminkan komitmen kukuh syarikat untuk menjadikan keselamatan sebagai keutamaan operasi teras.

Beliau menyatakan, “Anugerah ini adalah bukti komitmen kami untuk menjadikan keselamatan sebagai keutamaan operasi teras. Di Sarawak Energy, tumpuan kami adalah untuk memastikan semua orang pulang dengan selamat setiap hari. Kami akan terus meningkatkan amalan keselamatan kami dan mempertahankan piawaian tertinggi, membina persekitaran kerja yang selamat merentas semua bidang operasi kami.”

Dedikasi Sarawak Energy dalam mematuhi dasar Environment, Occupational Safety, and  Health (EOSH) yang ketat turut melindungi kesejahteraan pekerja, kontraktor dan komuniti di bawah kendaliannya.

Inisiatif seperti Peraturan Keselamatan Nyawa (LSR) turut dilaksanakan untuk mencegah insiden di tempat kerja dan menyokong matlamat untuk mencapai zero Lost Time Injury dan zero fatalities dalam seluruh operasi yang dilaksanakan oleh Sarawak Energy.

Semua penerima Anugerah Kelas I Emas, termasuk pemenang Sarawak Energy: Batang Ai Power Generation Sdn Bhd, Sejingkat Power Corporation Sdn Bhd, Mukah Power Generation Sdn Bhd, Sungai Biawak Power Station, Bintulu Power Station, Limbang Power Station, Lawas Power Station , dan Pejabat Wilayah Bintulu dan Miri SESCO. Sumber: Sarawak Energy
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article