Pengurusan mapan sumber laut di Sarawak menekankan keberkesanan dasar Ekonomi Biru, pemuliharaan biodiversiti marin, serta projek Reef Ball sebagai strategi utama.
Statistik Jabatan Perikanan menunjukkan penurunan pendaratan ikan laut daripada 157,249 tan metrik (2014) kepada 96,103 tan metrik (2024), turut membimbangkan kita tentang keberkesanan polisi yang sedia ada.
Projek Reef Ball yang melibatkan lebih 21,800 unit tukun sepanjang 746 km pesisir pantai telah diiktiraf antarabangsa dan meningkatkan stok ikan sebanyak 20–30% dalam tempoh 3–5 tahun selepas pemasangan. Walau bagaimanapun, isu penguatkuasaan, kesedaran komuniti pesisir, dan kekurangan infrastruktur masih menjadi cabaran utama.
Sarawak beraspirasi menjadi kuasa besar tenaga boleh diperbaharui dan “Battery of ASEAN” melalui pembangunan tenaga hidro berskala besar, integrasi digital, serta interkoneksi serantau.
Dengan sasaran 10GW menjelang 2030, sekurang-kurangnya 60% daripada campuran tenaga akan datang daripada sumber boleh diperbaharui. Projek seperti Baleh HEP, skim Net Energy Metering memperkukuh transformasi tenaga Sarawak
Sarawak juga telah mengeksport tenaga ke Kalimantan Barat dan Sabah, serta mendapat kelulusan untuk eksport ke Singapura. Aspirasi ini bukan sahaja menjamin keselamatan tenaga, tetapi juga menyokong usaha dekarbonisasi ASEAN dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam grid tenaga serantau.
Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak (JPSS) dan Mahkamah Utama Syariah pada tahun 2026 merupakan reformasi penting dalam memperkukuh sistem kehakiman syariah negeri. JPSS memastikan pendakwaan syariah dijalankan secara telus, profesional, dan bebas daripada pengaruh luar, manakala Mahkamah Utama Syariah menambah hierarki kehakiman kepada empat peringkat bagi menjamin keadilan lebih menyeluruh.
Kedua-dua institusi ini saling melengkapi dalam memperteguh integriti, kebebasan, dan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan Islam. Dengan sokongan sumber manusia berkualiti, latihan berterusan, dan infrastruktur moden, reformasi ini diyakini mampu menjadikan Sarawak sebagai model negeri progresif dalam memperkasa institusi kehakiman syariah.
Jambatan Batang Igan merupakan projek yang melangkaui fungsi infrastruktur semata-mata. Pembukaannya pada 15 Mac 2026 dijangka membawa transformasi besar kepada kawasan pesisir Igan, Matu, dan Daro.
Selain memendekkan perjalanan kepada hanya 10 minit serta meningkatkan aspek keselamatan, ia turut membuka peluang baharu dalam sektor logistik, pelancongan, dan perkhidmatan, serta memperkukuh akses kepada kesihatan, pendidikan, dan pasaran hasil pertanian
Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Jambatan bukan sahaja penghubung satu kawasan ke satu kawasan, tetapi membawa “pembangunan” dengan memudahkan pergerakan barangan, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, selain melancarkan kegiatan ekonomi.
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) komited meneruskan sokongan terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara berterusan bagi memupuk budaya kerja yang harmoni, empati dan produktif, selain meningkatkan daya tahan mental para penjawat awam agar seiring dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk melahirkan Sarawak Civil Service (SCS) yang berkelas antarabangsa dan berdaya maju menjelang 2030.
Sarawak Agrofest 2025 di Bintulu begitu signifikan bertepatan dengan tema pengindustrialisasian sektor pertanian melalui penerapan teknologi pintar. Dengan kehadiran lebih 800,000 pengunjung dan nilai jualan mencecah RM5.4 juta, acara ini menjadi platform utama memperkenalkan inovasi antaranya seperti hidroponik moden, rumah hijau berteknologi tinggi, sistem kawalan baja dan air automatik (Priva), serta pemantauan kualiti air kolam ikan berasaskan AI (Fishspeak). Teknologi drone, realiti maya (VR) dan banyak lagi.
Masyarakat Melayu Sarawak memiliki seni jahitan yang unik yang dikenali sebagai simo. Seni Jahitan Simo yang merupakan identiti pada busana melayu Sarawak yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan mengenakannya ketika acara keraian, perayaan hari raya, majlis perkahwinan dan pertunangan.
Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025 Sarawak yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan siri jelajah ketiga selepas Kuantan, Pahang dan Batu Kawan, Pulau Pinang.
Selain bertujuan untuk melahirkan warga perkhidmatan awam serta masyarakat umum yang sihat dan cergas, mesej penting membawa turut menguar-uarkan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025.