Ketika Sarawak terus bergelut dengan ancaman banjir saban tahun, tidak ramai yang menyedari di sebalik kesiapsiagaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)—daripada pengaktifan 'Flood Task Force' sehingga penerapan kecerdasan buatan dalam ramalan bencana.
Di tengah perubahan iklim dan tekanan pembangunan pesat, pendekatan struktur dan bukan struktur dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan, termasuk peranan komuniti, undang-undang, dan perancangan bandar masa depan termasuklah pelaksanaan projek tebatan banjir yang meluas di seluruh Sarawak serta pelaksanaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)
Malaysia merekodkan kerugian sebanyak RM933.4 juta akibat banjir tahun 2024, bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta dan yang terkini 2024 banjir besar di Sarawak yang menyebabkan kerugian RM27 juta dengan menjejaskan sejumlah 618,108 buah rumah kediaman terutama di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.
Strategi konvensional dalam kesiapsiagaan bencana sudah tidak memadai dalam menghadapi realiti iklim yang semakin ekstrem.
Dengan meneliti data impak bencana terkini serta cabaran geografi Sarawak, ia memerlukan pendekatan baharu yang lebih agresif—merangkumi teknologi ramalan berasaskan AI, aplikasi amaran awal, serta peranan penting komuniti tempatan dalam pelan kecemasan setempat dengan mengambil contoh luar negara seperti negara Jepun.
Sistem Pendigitalan Bekalan Air Sarawak adalah inisiatif Kerajaan Sarawak yang dilaksanakan menerusi Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid Air (Sarawak Water Supply Master Plan and Water Grid) yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan bekalan air secara efisien dan efektif di seluruh Sarawak.
Pengoperasian air di Sri Aman adalah 71% daripadanya adalah air terawat dan 29% menggunakan alternative water supply (air tadahan hujan, gravity fit, grid air dan sistem SAWAS)
Pihak Pejabat Daerah Saratok menjangkakan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang, lebih banyak projek pembangunan fizikal yang akan meningkatkan ekonomi Saratok dan menyasarkan pencapaian 100% liputan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.
Sarawak mengakui menghadapi pelbagai cabaran berhubung pengurusan air termasuk dalam bidang kebolehcapaian dan ketersambungan, bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara digital. Perkongsian kepakaran oleh ahli-ahli panel dari dalam dan juga luar negara akan dapat diguna pakai bagi menambah baik sistem pengurusan air di Sarawak.
Sarawak Water Supply Retreat merupakan anjuran kali ketiga dan kali ini membawa kepada usaha ke arah transformasi teknologi untuk bekalan air di Sarawak sejajar dengan rancangan PCDS 2030.
Dalam tempoh RMK-12, kita bakal menyaksikan peralihan seluruh negara kepada amalan ekonomi dan gaya hidup yang lebih mampan yang menghargai khazanah semula jadi dan kesihatan alam sekitar.
Kerajaan Sarawak terus komited dalam usaha menyediakan infrastruktur di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat Sarawak tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Dalam Belanjawan Negeri 2022, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM1.18 bilion bagi memperhebatkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, pelabuhan serta infrastruktur sungai di seluruh Sarawak.