Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah satu proses pengembangan idea-idea baharu dengan melaksanakannya untuk menghasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada masyarakat sama ada melalui proses atau perkhidmatan baharu mahupun yang telah dibuat penambahbaikan.
Pelantikan Dato Sri Abdul Ghafur sebagai Ketua Ombudsman Sarawak yang pertama menandakan satu lagi sejarah Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan sistem Ombudsman apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Sarawak Ombudsman Ordinance, 2023 pada 20 November 2023.
Cadangan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Negeri (IPTN) yang kini masih dalam perbincangan, bukan sahaja mampu memanfaatkan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri malah dijangka mampu memperkukuhkan segmen Pendidikan tinggi negara.
Pegawai CeIO yang ditauliahkan akan memberi impak kepada pembudayaan integriti, tatakelola yang baik dan pencegahan rasuah di organisasi masing-masing.
Kerajaan Sarawak juga telah melancarkan program kesedaran untuk mempersiapkan anggota perkhidmatan awam dengan maklumat serta teknik bagaimana untuk mengekalkan kesejahteraan kewangan, fizikal dan mental mereka.
Untuk kekal relevan, Perkhidmatan Awam Sarawak perlu meningkatkan keupayaan diri, mengguna pakai teknologi dan meneroka pendekatan inovatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.
Bermula dengan perkhidmatan kaunter atau secara fizikal, perkhidmatan Service Sarawak kini boleh dicapai secara dalam talian sejak Service Sarawak Digital diperkenalkan pada Disember 2021.