Transformasi ekonomi Sarawak menuju status negeri maju berpendapatan tinggi memerlukan lebih daripada sekadar pelaburan fizikal. Ia memerlukan modal insan yang bukan sahaja mahir, tetapi relevan dengan keperluan industri masa hadapan.
Revolusi Industri Keempat, automasi, AI dan peralihan kepada ekonomi hijau telah mengubah lanskap pekerjaan global secara mendadak. Menurut World Economic Forum, 44% kemahiran tenaga kerja global akan berubah menjelang 2030!
Di sinilah TVET memainkan peranan kritikal. Bukan sekadar laluan alternatif, tetapi penyelesaian sistemik yang terbukti berkesan.
Salah satu visi Kerajaan Sarawak dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) adalah untuk memastikan pembangunan mampan dan persekitaran yang bersih serta sihat untuk generasi akan datang.