Komitmen berterusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dalam memperkukuh sistem pengurusan dan kualiti perkhidmatan telah membuahkan hasil apabila institusi pendidikan tinggi tersebut berjaya merangkul Anugerah Emas dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025.
UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) telah lama dikenali sebagai salah satu cawangan paling menyerlah dalam sistem Universiti Teknologi MARA, terutamanya dalam aspek pengurusan kualiti. Usaha mereka bukan sekadar untuk mendapatkan sijil, tetapi telah menjadi sebahagian daripada DNA organisasi.
Aplikasi UNIMAS Now membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat dengan capaian pantas menerusi telefon pintar tentang kemas kini serta pemberitahuan penting oleh pihak UNIMAS selain berfungsi sebagai alat urusan rasmi dalaman untuk kakitangan.
Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) adalah rangka kerja pengiktirafan berprestij untuk perkhidmatan awam yang mengiktiraf dan mengukur prestasi jabatan/agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai standard tinggi dalam keberkesanan tadbir urus, operasi, dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menetapkan bahawa objektif pembudayaan kualiti dan inovasi adalah untuk menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JTS secara keseluruhan.
Malaysia Business Excellence Framework (MBEF)ialah rangka kerja yang komprehensif dalam membantu organisasi meningkatkan prestasi yang meliputi Kepimpinan, Strategi, Maklumat, Pelanggan Tenaga kerja, Proses dan Keputusan.
Kerajaan Sarawak kekal komited dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejak tahun 2000-an apabila pihak kerajaan mengarahkan semua pihak berkuasa di negara ini untuk mendapatkan sijil MS ISO 9001:2000.