24 C
Kuching
Tuesday, November 24, 2020

Meningkatkan Kemahiran Insaniah

Selain kelayakan akademik, kemahiran insaniah juga tidak kurang penting dalam membina keperibadian yang lebih baik. Dalam konteks organisasi dan alam kerjaya, kemahiran insaniah memberi kelebihan serta menjadikan seseorang pekerja lebih ‘berharga’ daripada pekerja-pekerja lain yang lebih cemerlang dalam kemahiran akademik dan teknikal.

Kemahiran insaniah dapat ditingkatkan melalui beberapa langkah dalam amalan dan pergaulan harian. Menyertai persatuan atau kelab berkaitan aktiviti yang digemari membolehkan anda belajar berinteraksi dengan orang lain di samping menghargai perbezaan dan pendapat orang lain. Bukan itu sahaja, anda juga akan menjadi insan yang lebih bijak melalui pengalaman yang diperolehi.

Mendapatkan penilaian daripada seseorang yang rapat tentang diri anda juga merupakan salah satu cara yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Walau bagaimanapun, anda seharusnya bersedia menerima pandangan orang lain tentang diri anda dengan berfikiran terbuka. Seterusnya, anda perlu mengubah sikap atau tabiat buruk yang ada pada diri anda. Perlu diingatkan bahawa anda bukanlah mengubah diri anda, malah ia adalah proses perubahan pada diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan membawa kepada perkara yang positif.

Berfikir secara positif terhadap kritikan membina tentang diri anda adalah langkah yang bijak dalam meningkatkan kemahiran insaniah. Kritikan tidak seharusnya dilihat dari sudut positif dan tidak dianggap sebagai satu penghinaan. Perubahan ke arah yang lebih baik memerlukan masa.

Selain daripada cuba menerima kritikan, anda juga perlu berhati-hati dalam menilai seseorang. Kritikan mesti dikemukakan dengan baik, positif dan membina. Jangan sesekali anda mengkritik seseorang dengan cara yang “licik” dan menyakitkan hati yang akhirnya membuatkan anda terpencil dari kumpulan anda.

Seseorang yang ingin meningkatkan kemahiran insaniah juga perlu bekajar untuk menghargai dan mendengar orang lain, selain menghormati mereka. Proses ini memerlukan seseorang untuk berusaha dan terus belajar untuk melihat dengan cara pelbagai dimensi. Pemikiran seperti hanya diri anda sahaja yang betul dalam semua hal mesti dielakkan. Oleh itu, anda perlu berlatih menjadi pendengar yang baik dan jangan hanya mahu didengarkan. Dalam hal ini, komunikasi yang baik sangat diperlukan.

Etika dalam berkomunikasi merupakan satu keutamaan dalam meningkatkan kemahiran insaniah. Kawalan lisan mencerminkan sikap dan keperibadian. Oleh yang demikian, mulakan segala-galanya dengan komunikasi dengan mengutamakan kejelasan dan kejujuran ucapan. Jika diamalkan selalu, proses ini boleh membina watak peribadi yang disukai ramai.

Related Articles

Committing to financial investment

Financial management is more that just saving up for rainy days and avoid making a big splurge on something unnecessary. It is also about making...

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

890FansLike
1,659FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Committing to financial investment

Financial management is more that just saving up for rainy days and avoid making a big splurge on something unnecessary. It is also about making...

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

SDI to Hold Talk on Mental Health During COVID-19

Sarawak Development Institute (SDI) will be organising a virtual public talk on mental health during COVID-19 and ways of coping while adapting to the...