26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Apakah Tadbir Urus Digital?

Tadbir urus digital merupakan satu kerangka kerja untuk mewujudkan akauntabiliti, peranan dan kuasa dalam membuat keputusan untuk kehadiran digital sesebuah organisasi – bermaksud, penggunaan laman web, laman web mudah alih, saluran sosial termasuk produk dan perkhidmatan lain yang menggunakan internet dan web.

Kerangka tadbir urus digital yang dirancang dengan baik dapat meminimumkan jumlah perdebatan taktikal mengenai sifat dan pengurusan kehadiran digital organisasi dengan menjelaskan dan menentukan siapa dalam pasukan digital yang layak membuat keputusan.

Keputusan yang dibuat merangkumi bidang-bidang seperti Strategi Digital, Dasar Digital dan Piawaian Digital.

Strategi digital: Siapa yang menentukan hala tuju ke arah pendigitalan? Strategi digital menyatakan dengan jelas tentang pendekatan organisasi untuk memanfaatkan keupayaan Internet dan World Wide Web.

Strategi digital merangkumi dua aspek, iaitu prinsip panduan dan objektif prestasi.

Dasar digital: Siapa yang menentukan apa yang harus dan tidak harus dilakukan oleh organisasi dalam talian?

Dasar digital adalah pernyataan panduan yang disediakan untuk mengurus risiko dan memastikan bahawa kepentingan utama organisasi dilayan semasa beroperasi dalam talian.

Dasar digital penting dan perlu ada dalam memastikan kehadiran digital organisasi untuk terus berjalan.

Piawaian digital: Siapa yang menentukan sifat portfolio digital? Piawaian menyatakan sifat sebenar portfolio digital organisasi.

Piawaian digital diwujudkan untuk memastikan kualiti dan keberkesanan digital yang optimum.

Apabila ketiga-tiga persoalan tersebut terjawab dan kerangka tadbir urus digital dilaksanakan dengan baik, sesebuah organisasi boleh menjangkakan persekitaran kerja yang lebih produktif untuk semua pemegang taruh digital selain kehadiran digital yang lebih berkualiti dan berkesan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles