Friday, May 7, 2021

spot_img

Inisiatif MyDIGITAL Sasar Sedia Kemudahan Transaksi Tanpa Tunai

Menjelang Tahun 2022 Oleh Semua Agensi Sektor Awam

Dengan transformasi digital menjadi pemangkin penting bagi pemulihan ekonomi inklusif Malaysia, MyDIGITAL dan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan tonggak penting yang akan membolehkan Malaysia memanfaatkan peluang yang ditawarkan teknologi.

Teknologi termaju seperti kecerdasan buatan atau artificial intelligence (“AI”), internet benda atau internet of things (“IOT”), analitiks data raya atau big data analytics serta blok rantai atau blockchain; kesemuanya telah mengubah corak ekonomi dunia dan cara hidup masyarakat moden.

Penguasaan teknologi digital juga merupakan kunci untuk negara mengatasi batasan produktiviti, sekaligus menaik taraf ekonomi Malaysia. Keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara.

Inisiatif MyDIGITAL yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia memperbaiki kehidupan mereka dalam setiap aspek.

Masa hadapan Malaysia sebagaimana dihasratkan oleh MyDIGITAL akan menyaksikan rakyat menikmati penambahbaikan literasi digital, pertambahan pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar; perniagaan, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS); Sumber : Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia

Ia merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, menjadikan urusan perbankan dan kewangan dan lebih mudah dan teratur, memberikan akses pendidikan secara maya kepada anak-anak kita serta membawa kemudahan perubatan ke pekan terpencil.

Ia juga merupakan sebuah pelan hala tuju transformasi digital yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing di pentas global dengan memantapkan kelancaran dan kecekapan operasi mereka.

Dalam inisiatif ini, kerajaan melaksanakannya dalam tiga fasa sehingga tahun 2030.

Ketersambungan, aktiviti dan e-dagang dalam ekonomi digital; Sumber : Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia

Menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka akan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pada masa yang sama, pelan ini juga menyasarkan untuk membuka 500, 000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital.

Sementara itu kerajaan juga akan menggalakkan sebanyak 875, 000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima guna e-dagang.

Selain itu, inisiatif-inisiatif di bawah naungan MyDIGITAL ini juga dapat memangkinkan 5,000 buah syarikat peringkat permulaan atau startups dalam masa lima tahun akan datang. 

Inisiatif ini juga akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baharu dalam sektor digital sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negeri.

Seterusnya, kerajaan menyasarkan tahap produktiviti sektor ekonomi meningkat 30 peratus lebih tinggi berbanding hari ini menjelang tahun 2030.

Bagi sektor awam pula, semua agensi akan menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022.

Dalam tempoh pelaksanaannya, beberapa pelaburan strategik akan dibuat bagi merancakkan inovasi dan mewujudkan sebuah ekosistem digital yang berkesan menerusi pendekatan usaha sama Kerajaan dan Swasta di mana sektor swasta berkongsi menyumbangkan dana modal dan kemahiran.

Sejumlah RM21 bilion akan dilabur sepanjang lima tahun melalui projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memantapkan kesalinghubungan atau connectivity sedia ada.

Rangkaian gentian optik talian tetap ini akan meliputi hampir 100 peratus kawasan berpenduduk secara berperingkat – daripada 7.5 juta premis di hujung tahun 2022 kepada 9 juta premis menjelang penghujung tahun 2025.

Bersandarkan rangkaian gentian optik yang lebih luas ini, negara akan lebih bersedia untuk beralih ke teknologi rangkaian selular generasi kelima atau fifth generation cellular networking technology (“5G”) dalam masa yang terdekat.

Sejumlah RM1.65 bilion juga akan dilaburkan oleh beberapa buah syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa sehingga tahun 2023.

Ini akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa yang lebih cepat dan stabil, sekaligus menurunkan kos internet kepada pengguna di Malaysia.

Manakala sejumlah RM15 bilion pula akan dilaburkan sepanjang sepuluh tahun untuk pelaksanaan 5G ke seluruh negara.

Ini akan mewujudkan lebih kurang 105,000 peluang pekerjaan.

Usaha ini akan dilaksanakan melalui sebuah entiti khusus atau special purpose vehicle di bawah kerajaan Malaysia.

Entiti ini seterusnya akan diberikan spektrum yang bersesuaian untuk memiliki, melaksana dan menguruskan infrastruktur 5G.

Pelaburan juga dibuat untuk membina dan menguruskan pusat data berskala- hiper atau hyper-scale dan perkhidmatan cloud services.

Sejumlah antara RM12 bilion hingga RM15 bilion akan dilaburkan oleh syarikat-syarikat Cloud Service Provider (“CSP”) atau penyedia perkhidmatan awan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menjelang hujung tahun ini, teknologi 5G akan mula dinikmati oleh rakyat secara berperingkat. Dengan ini, Malaysia akan menjadi salah sebuah negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan dalam masa-sebenar atau real-time, untuk membolehkan maklumat dikongsi serta-merta

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]