Friday, May 7, 2021

spot_img

FINAS Perkenal Inisiatif Membantu Penggiat Industri Seni Sabah dan Sarawak

Penularan pandemik COVID-19 disusuli dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak Mac tahun lalu telah menjejaskan aktiviti ekonomi termasuk industri kreatif.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi golongan terlibat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memperkenalkan dana-dana di bawah Program Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) 2021.

PRISMA 2021 merupakan inisiatif yang telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membantu kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri kreatif di Malaysia.

Dana-dana tersebut merangkumi Dana Mikro Prisma (Daya Kreatif dan Pembangunan Idea dan Skrip) dan Borneo Pitch @ PRSMA DKD.

Maklumat mengenai dana Borneo Pitch @ PRISMA DKD

Bagi Sabah dan Sarawak, Borneo Pitch @ PRISMA DKD diperkenalkan khusus bagi membantu para penggiat industri kreatif di kedua-dua buah negeri.

Objektif dana tersebut adalah bagi memudahkan dan menggalakkan penggiat dan pemain industri Sabah dan Sarawak dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan berupaya dipasarkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kedua, membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif Borneo.

Seterusnya, membangunkan kandungan kreatif yang berdaya saing sebagai sumber pendapatan negara dalam mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Selain itu, dana tersebut juga bertujuan untuk menghasilkan harta intelek (IP) di kalangan penggiat dan pemain industri di Borneo yang berdaya saing.

Satu sesi Webinar Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri bersama penggiat industri seni kreatif Borneo untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai dana tersebut telah diadakan pada 22 Februari 2021.

Webinar dihadiri seramai lebih kurang 100 penggiat industri kreatif di Sabah dan Sarawak.

Yang turut hadir ialah Ahli Perbadanan FINAS, YBhg Dato’ Norhyati binti Haji Ismail dan YBhg Dr. Rose Patsy Tibok, Pengarah FINAS Borneo, Encik Mohd Nazrul Shah bin Hamid serta wakil-wakil dari Sarawak Tourism Board (STB), Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan wakil dari TV Sarawak (TVS).

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs Dr. Ahmad Idham menghadiri sesi webinar bersama para penggiat industri kreatif dari Sabah dan Sarawak (Foto FINAS)

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, FINAS berharap agar program dana Borneo Pitch @ PRISMA DKD dapat dilaksanakan dengan jayanya, seterusnya mencapai objektif yang dihasratkan dalam membantu dan memberikan galakan kepada penggiat industri kreatif di Sabah dan Sarawak untuk terus berkarya.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan, syarat dan kelayakan serta tarikh tutup permohonan dana berkenaan boleh didapati di laman rasmi FINAS http://www.finas.gov.my dan borang permohonan dan dokumen sokongan boleh diemel kepada borneopitch.finas@gmail.com

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]