31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Tempat Transit Gelandangan Sibu Dijangka Siap Dalam Suku Ketiga 2021

Gelandangan adalah satu daripada 11 isu sosial yang diberi fokus oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) melalui Majlis Pembangunan Sosial Sarawak untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh

Bagi menangani isu gelandangan, KWKPK telah menjalankan sebanyak 113 operasi menyelamat gelandangan secara bersepadu dan bersasar di antara tahun 2020 hingga Februari 2021(iaitu 83 operasi pada tahun 2020 dan 30 operasi pada tahun 2021 sehingga bulan Februari) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak serta agensi-agensi yang berkaitan, iaitu Polis DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Agensi AntiDadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah.

Daripada keseluruhan 113 operasi yang dijalankan bagi tempoh tersebut, seramai 301 orang gelandangan telah diselamatkan. Antara punca yang menyebabkan mereka menjadi gelandangan adalah masalah keluarga; masalah kesihatan mental; tiada tempat tinggal; ketagihan minuman keras dan bahan terlarang; dan dibuang kerja.

Manakala daripada 83 siri operasi yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020, seramai 237 orang gelandangan telah diselamatkan, iaitu 194 orang lelaki (82%) dan 43 orang perempuan (18%). Bahagian Kuching mencatatkan jumlah gelandangan tertinggi yang telah diselamatkan iaitu seramai 90 orang (38%), diikuti Bahagian Bintulu, seramai 43 orang (18%) dan Bahagian Sibu, seramai 41 orang (17%)

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, seramai 145 orang gelandangan dikenal pasti.  Bilangan tersebut meletakkan Sarawak di kedudukan ketiga (3) di Malaysia yang mencatatkan jumlah gelandangan teramai diselamatkan.  Antara sokongan sosial yang diberikan adalah penempatan 83 orang di enam (6) Pusat Penempatan Sementara Gelandangan (PPSG) di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang; bantuan makanan; beg tidur; dan kit kebersihan diri.

Bagi memantapkan sokongan sosial bagi golongan gelandangan, sebuah Tempat Transit Gelandangan (TTG) sedang dibina di Sibu. Proses pembinaan dan pengubahsuaian tersebut telah bermula pada 30 Januari 2021 dan dijangka akan siap pada 29 Julai 2021.

Di Kuching pula, sebuah TTG akan ditempatkan dalam sebuah pusat sokongan sosial komuniti di Padungan yang masih di peringkat perancangan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bersama pihak swasta.

Kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Gelandangan Sarawak (JPGS) yang mentadbir urus isu gelandangan di negeri ini.

Selain itu, KWKPK kini dalam proses mengesahkan kerangka dan draf akhir Panduan Pengurusan Isu Gelandangan di Sarawak bagi menyeragamkan tindakan dan SOP bersepadu bagi menyelamat dan menangani isu-isu yang dihadapi oleh gelandangan.

Skuad Kesejahteraan Sosial (SKS) juga diwujudkan sebagai pasukan petugas peringkat teknikal bagi menyelesaikan masalah-masalah sosial dalam komuniti secara bersasar termasuk masalah yang melibatkan gelandangan di peringkat Negeri dan peringkat Bahagian.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles