31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Jambatan Batang Lupar Dijangka Siap Menjelang Suku Pertama 2025

Infrastruktur adalah keperluan bagi masyarakat yang akan membuka peluang untuk pekerjaan dan pengembangan ekonomi.

Maka kerana itu Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa memberikan penekanan kepada penyediaan infrastruktur yang terbaik bagi membangunkan negeri ini khasnya kawasan luar bandar supaya kemakmuran dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

Saban tahun, peruntukan besar disediakan bagi tujuan ini. Dalam Belanjawan Negeri 2021, sejumlah RM6 bilion adalah disediakan untuk pembangunan dengan sejumlah RM4.251 bilion atau 67 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan akan dimanfaatkan untuk pelaksanaan program dan projek di daerah luar bandar.

Ini termasuk peruntukan yang besar disediakan bagi pembinaan jalan dan jambatan yang merupakan infrastruktur penting dan perlu di Sarawak.

Rangkaian Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua adalah antara projek penting yang Kerajaan Sarawak  laksanakan. 

Projek bernilai RM11 bilion ini akan memakan masa lebih dari lima (5) tahun untuk disiapkan.

Kedua-dua projek ini akan memberi manfaat kepada 1.9 juta penduduk Sarawak. di sepanjang kawasan pesisir dari Kuching, Kota Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Pada 23 Mac 2021, satu lagi tanda aras pembangunan Kerajaan Sarawak apabila majlis pecah tanah pembinaan Jambatan Batang Lupar di Sebuyau telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Ketua Menteri meninjau model Jambatan Batang Lupar

Pembinaan Jambatan Batang Lupar ini adalah untuk menggantikan perkhidmatan feri yang melintasi Batang Lupar dan merupakan salah sebuah daripada 10 buah jambatan yang akan melengkapkan sambungan perjalanan di jalan pesisir.

Pembinaan jambatan ini telah bermula sejak 7 Januari 2021 dan dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh 48 bulan.

Gambaran Artis – Jambatan Batang Lupar

Kos pembinaan jambatan ini dianggarkan sekitar RM848 juta.

Pembinaan Jambatan Batang Lupar sepanjang 4.8km ini pastinya akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan aktiviti sosio-ekonomi di sepanjang kawasan pesisir Sarawak, terutama di sekitar  Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Triso, Beladin dan Maludam.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles