KIK Medan Penanda Aras Amalan Terbaik

0
43

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak menjadikan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sebagai medan untuk agensi tersebut menerima kritikan-kritikan bernas, saling menanda aras kepada amalan terbaik.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Encik Abdullah Julaihi pada Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak 2021 (HIITS 2021) yang diadakanDewan Undangan Negeri Sarawak pada 6 September 2021.

Jelas beliau, walaupun menyedari banyak kejayaan telah dikecapi JTS tetapi pada masa yang sama merasakan lebih banyak penambahbaikan perlu dilakukan.

Salah satu inisiatif yang diambil JTS seperti HIITS 2021 pada tahun ini bertemakan “Transformasi Perkhidmatan Memacu Aspirasi 2030” selaras dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030 yang akan diterjemahkan melalui Post COVID-19 Development Strategy yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri baru-baru ini.

Tema “Transformasi Perkhidmatan Memacu Aspirasi 2030” selaras dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030

Strategi komprehensif yang digariskan di dalam pelan tersebut menurut beliau memerlukan persediaan fizikal dan mental merangkumi empat teras utama bagi agensi seperti JTS dari sudut modal insannya, proses dan prosedur, kerangka perundangan serta teknologi yang digarap bersama untuk memastikan wawasan Kerajaan Negeri ini dicapai.

Menariknya, penganjuran HIITS pada kali ini walaupun dengan kehadiran fizikal yang terhad tetapi meriah daripada segi penyertaan secara maya yang turut diikuti lebih 2,000 peserta yang turut dirasmikan YAB Ketua Menteri.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun ini (2021) sekali lagi berjaya menampilkan 13 projek inovasi yang terdiri daripada 12 projek inovasi pembangunan aplikasi berteraskan ICT (Information and Communications Technology) dan satu (1) projek inovasi teknikal penggunaan sistem solar dalam kerja rintisan ukur tanah di lapangan.

Setakat ini, sejak 2008 sehingga kini sebanyak 165 projek KIK telah dihasilkan oleh JTS.

Dua (2) daripada 13 projek pula melibatkan kolaborasi hybrid bersama JKR Bahagian Limbang dan Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Samarahan. Semua projek tersebut telah pun dibentangkan di Sarawak Civil Service Innovation Convention Award (SCSICA) 2021.

2 Kolaborasi Hybrid

Penghasilan projek inovasi pada tahun ini bukan sahaja menunjukkan kesungguhan warga JTS sentiasa berinovasi untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dan mencabar status quo seperti empat (4) projek inovasi berikut:

i. Earth Removal System (ERM) oleh kumpulan SassokuTECH JTS Kuching;

ii. Land Claimant System (LCS) oleh kumpulan Jejari7D JTS Kapit;

iii. eNCRplus oleh kumpulan V12 JTS Serian; dan

iv. Survey Visual Indicator (SVI) oleh Kumpulan Innotech Q9 JTS Bintulu

4 Inovasi Memperkasa Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Challenge The Status Quo

Beliau menambah majoriti daripada projek yang dihasilkan dan dilaksanakan adalah sebagai “Tindakan segera” kepada cabaran pandemik COVID-19 sebagaimana ditonjolkan melalui inovasi di dalam sembilan (9) aplikasi ICT oleh:

i. MyRETA oleh kumpulan Knight of Batang Lupar JTS Sri Aman;

ii. eNTQ oleh kumpulan Infiniti Tri-D JTS Sibu;

iii. MyLEPS oleh kumpulan 4 Quest Reborn JTS Miri;

iv. ALaRMS oleh kumpulan Lands Tahai Q Hybrid Tarom JTS Limbang dan JKR Limbang;

v. eFIRM oleh kumpulan Li-High Tech JTS Sarikei;

vi. WLAD oleh kumpulan Evolve 8 JTS Samarahan dan JAIS Samarahan;

vii. SSA oleh kumpulan Ruai Vaie JTS Bintulu;

viii. TASC oleh kumpulan Accurate JTS Mukah; dan

ix. WhaRES oleh kumpulan Axis Paradox JTS Betong.

9 Inovasi Immediate Response

Jelas beliau lagi, sistem-sistem yang dibangunkan tersebut adalah bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan Jabatan.

Pada masa yang sama, inovasi tersebut turut mengaplikasikan ciri-ciri real time, data sharing, electronic government, digitalization diterapkan di dalam setiap inovasi kumpulan-kumpulan JTS seperti projek RTP Smart, projek Lands Tahai Q dari Limbang yang dinobatkan juara pada SCSICA 2020 menggabungkan semua ciri-ciri ini demi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti.

Pembangunan Aplikasi ICT
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]