Kerajaan Sarawak telah meluluskan 400 tambahan Juru Ukur bagi kesegeraan dalam kerja-kerja pengukuran tanah untuk mempercepatkan tempo sesuatu pembangunan beberapa sektor.
HIITS yang disertai kumpulan KIK yang dianggotai pelbagai gred pegawai, merentasi disiplin di dalam jabatan yang berkongsi inovasi kreatif ke arah menambahbaik perkhidmatan dengan memperkenalkan kaedah dan pendekatan baharu di dalam proses dan prosedur kerja serta menyemak semula proses dan prosedur yang tidak lagi relevan.
Congratulations to the winner of the Ministry of Youths, Sports and Entrepreneur Development Innovation, Creative and Performing Arts, Innovative and Creative Circle (ICC) Convention (MYSED ICC) 2022.
Kerajaan sentiasa mendengar keluh-kesah anggota perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan bersetuju agar JPA menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan.
Malaysia kini dalam kelompok teratas pengeluaran lada dunia. anak syarikat MPB, Saraspice Sdn Bhd. akan dapat membantu memperkukuh kedudukan sektor industri lada di pelbagai peringkat selain menjadi pembekal unggul lada Sarawak yang berkualiti untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kursus ini bertujuan untuk melatih anggota PUSAKA membangunkan reka bentuk basikal buluh yang sesuai untuk pasaran selain melatih mereka untuk mengelola bengkel basikal buluh. Inisiatif tersebut dijangka akan dapat membuka minda masyarakat tentang potensi spesies buluh negeri Sarawak untuk ditingkatkan kepada industri yang lebih besar seperti pembuatan basikal daripada buluh.
PUSAKA menggalakkan orang ramai menanam buluh. Daripada buluh boleh dihasilkan papan, baju dan rebungnya boleh diproses untuk dijadikan tepung untuk membuat kuih muih, produk farmaseutikal dan kosmetik.
Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak, pencapaian itu adalah berkat usaha gigih dan keprihatinan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak serta sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).
Guru mempunyai tugas berat bagi melahirkan pelajar yang mampu membangunkan negara yang umpama obor yang memberi sinar harapan kepada insan yang dalam kegelapan, yang bernyala untuk menjadi panduan.