Perubahan iklim telah bertransformasi daripada isu futuristik kepada krisis global yang mendesak, menuntut tindakan segera, terancang dan berasaskan data. Di tengah-tengah peningkatan suhu global, kejadian cuaca ekstrem yang semakin kerap dan ancaman kenaikan paras laut, dunia sedang berlumba-lumba untuk menyahkarbonkan ekonomi. Malaysia, dengan garis pantai yang panjang dan kebergantungan kepada sumber alam, terdedah kepada pelbagai impak negatif. Dalam konteks ini, Sarawak telah muncul sebagai pelopor yang luar biasa, bukan sekadar mengikuti trend global, tetapi menetapkan haluan tersendiri dengan strategi tenaga hijau yang agresif dan progresif.
Kempen Penghijauan Sarawak bukan hanya tertumpu kepada penanaman pokok semata-mata, tetapi juga melibatkan pendekatan pemulihan landskap hutan secara holistik. Dalam usaha ini, Jabatan Hutan Sarawak telah mengambil langkah proaktif untuk memulihkan kawasan hutan yang terdegradasi melalui penggunaan teknologi canggih dan kaedah pengurusan tanah yang lebih mampan.
Perdagangan karbon akan menjadi sumber ekonomi baharu dan memberi pendapatan tambahan kepada Sarawak. Pada masa yang sama, inisiatif tersebut akan mengukuhkan lagi usaha pemuliharaan hutan kerana perdagangan karbon tidak melibatkan penebangan pokok dan penerokaan kawasan hutan.
Sarawak mula mengorak langkah untuk menjalin kerjasama strategik dalam WtE dengan Sweden sebagai usaha negeri ini mengurus sisa buangan dan pelupusan sampah yang lebih mampan.
Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai undang-undang membolehkan industri termasuk minyak dan gas beroperasi di negeri ini mematuhi keperluan antarabangsa, mengurangkan intensiti pelepasan karbon di bawah Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).
Projek “Karbon Hutan Terkawal” adalah sebahagian daripada inisiatif baharu berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Insiatif tersebut penting sebagai sebahagian daripada usaha kita menarik lebih banyak pelaburan asing ke Sarawak kerana ia merupakan pra-syarat oleh masyarakat antarabangsa untuk sebarang keputusan pelaburan serta paling penting meletakkan Sarawak dalam peta global.
Objektif pewujudan MyCREST adalah untuk mengintegrasikan kriteria penilaian karbon dalam gabungan strategi sistem penilaian bangunan mampan serta untuk memberikan penilaian karbon yang boleh diukur dalam sistem penarafan mampan yang bersifat holistik.