Walaupun peranan wanita dalam pembangunan negara semakin diiktiraf, ketidakseimbangan dalam penguasaan kemahiran digital antara lelaki dan wanita masih menjadi isu utama, terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam dan komuniti umum.
Dalam usaha membina sebuah negara yang progresif dan inklusif, penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan di peringkat tertinggi bukan sekadar keperluan moral, malah merupakan satu keperluan strategik.
Walaupun Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkeluasan 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS), ini tidak menghalang MDLBS memberikan perkhidmatan terbaiknya mengikut kapasitinya.Ini dapat disaksikan sejak tiga (3) tahun kebelakangan (2022-2024), MDLBS telah banyak melaksanakan beberapa penambahbaikan Perkhidmatan
Memiliki bangunan sendiri di Sibu Jaya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan jadikan Sibu Jaya sebagai pusat satelit atau bandar berkembar bagi menyokong pembangunan bandar Sibu di bawah MPS dan MDLBS sebagai agensi peneraju pentadbiran dapat memastikan bekerjasama dengan agensi swasta seperti Amcorp Berhad untuk merancakkan serta memastikan pertumbuhan progresif di Sibu Jaya.
Artikel ini mengupas cabaran serta langkah mempertingkatkan tenaga kerja mahir berprestasi tinggi dalam sektor awam Malaysia melalui transformasi digital, latihan berterusan, dan kolaborasi industri demi memastikan kelangsungan dan kualiti perkhidmatan awam.
Kerajaan Sarawak kekal komited dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejak tahun 2000-an apabila pihak kerajaan mengarahkan semua pihak berkuasa di negara ini untuk mendapatkan sijil MS ISO 9001:2000.
Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah satu proses pengembangan idea-idea baharu dengan melaksanakannya untuk menghasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada masyarakat sama ada melalui proses atau perkhidmatan baharu mahupun yang telah dibuat penambahbaikan.
Kerajaan Sarawak juga telah melancarkan program kesedaran untuk mempersiapkan anggota perkhidmatan awam dengan maklumat serta teknik bagaimana untuk mengekalkan kesejahteraan kewangan, fizikal dan mental mereka.
Untuk kekal relevan, Perkhidmatan Awam Sarawak perlu meningkatkan keupayaan diri, mengguna pakai teknologi dan meneroka pendekatan inovatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.