Kecemerlangan JANMS Sarawak dalam AKPANS 2025 bukan sahaja mencerminkan keupayaan warga jabatan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme, tetapi juga memperlihatkan kesungguhan dalam mengangkat standard penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berimpak tinggi.
UNIMAS memperkasa budaya kerja melalui inovasi dan pendigitalan sistem seperti aplikasi UNIMAS Now serta SPeeD untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Meskipun berdepan cabaran transformasi digital, komitmen ini membuahkan hasil melalui pencapaian Penarafan Emas AKPANS 2025, sekali gus memacu kecemerlangan organisasi.
Pengiktirafan kepada kakitangan secara hakikatnya adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kualiti kerja yang telah ditunjukkan oleh kakitangan berkenaan kerana pekerja yang berkualiti adalah aset utama sesebuah organisasi.
Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) merupakan inisiatif pengiktirafan Perkhidmatan Awam yang mengiktiraf prestasi jabatan atau agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai tahap kecemerlangan kualiti dalam keberkesanan tadbir urus, operasi serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Kementerian, Jabatan dan agensi Persekutuan di Sarawak disarankan mengambil tindakan proaktif dalam menjalinkan hubungan kerjasama erat di samping melibatkan diri dalam program-program anjuran Kerajaan Sarawak bagi memperlihatkan komitmen dan kesepaduan dalam sama-sama membangun dan memajukan Sarawak.