rakan01sarawak

About

spot_img

Pengurusan Mapan Sumber Laut Masih Berdepan Cabaran

Pengurusan mapan sumber laut di Sarawak menekankan keberkesanan dasar Ekonomi Biru, pemuliharaan biodiversiti marin, serta projek Reef Ball sebagai strategi utama. Statistik Jabatan Perikanan menunjukkan penurunan pendaratan ikan laut daripada 157,249 tan metrik (2014) kepada 96,103 tan metrik (2024), turut membimbangkan kita tentang keberkesanan polisi yang sedia ada. Projek Reef Ball yang melibatkan lebih 21,800 unit tukun sepanjang 746 km pesisir pantai telah diiktiraf antarabangsa dan meningkatkan stok ikan sebanyak 20–30% dalam tempoh 3–5 tahun selepas pemasangan. Walau bagaimanapun, isu penguatkuasaan, kesedaran komuniti pesisir, dan kekurangan infrastruktur masih menjadi cabaran utama.

Sarawak – Kuasa Tenaga Boleh diperbaharui dan Bateri ASEAN

Sarawak beraspirasi menjadi kuasa besar tenaga boleh diperbaharui dan “Battery of ASEAN” melalui pembangunan tenaga hidro berskala besar, integrasi digital, serta interkoneksi serantau. Dengan sasaran 10GW menjelang 2030, sekurang-kurangnya 60% daripada campuran tenaga akan datang daripada sumber boleh diperbaharui. Projek seperti Baleh HEP, skim Net Energy Metering memperkukuh transformasi tenaga Sarawak Sarawak juga telah mengeksport tenaga ke Kalimantan Barat dan Sabah, serta mendapat kelulusan untuk eksport ke Singapura. Aspirasi ini bukan sahaja menjamin keselamatan tenaga, tetapi juga menyokong usaha dekarbonisasi ASEAN dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam grid tenaga serantau.

Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah Sarawak, Perteguh Sistem Perundangan Islam

Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak (JPSS) dan Mahkamah Utama Syariah pada tahun 2026 merupakan reformasi penting dalam memperkukuh sistem kehakiman syariah negeri. JPSS memastikan pendakwaan syariah dijalankan secara telus, profesional, dan bebas daripada pengaruh luar, manakala Mahkamah Utama Syariah menambah hierarki kehakiman kepada empat peringkat bagi menjamin keadilan lebih menyeluruh. Kedua-dua institusi ini saling melengkapi dalam memperteguh integriti, kebebasan, dan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan Islam. Dengan sokongan sumber manusia berkualiti, latihan berterusan, dan infrastruktur moden, reformasi ini diyakini mampu menjadikan Sarawak sebagai model negeri progresif dalam memperkasa institusi kehakiman syariah.

Jambatan Batang Igan Buka Ruang Baharu Transformasi Wilayah Tengah Sarawak

Jambatan Batang Igan merupakan projek yang melangkaui fungsi infrastruktur semata-mata. Pembukaannya pada 15 Mac 2026 dijangka membawa transformasi besar kepada kawasan pesisir Igan, Matu, dan Daro. Selain memendekkan perjalanan kepada hanya 10 minit serta meningkatkan aspek keselamatan, ia turut membuka peluang baharu dalam sektor logistik, pelancongan, dan perkhidmatan, serta memperkukuh akses kepada kesihatan, pendidikan, dan pasaran hasil pertanian

Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Jambatan “Pembangunan” Sarawak

Jambatan bukan sahaja penghubung satu kawasan ke satu kawasan, tetapi membawa “pembangunan” dengan memudahkan pergerakan barangan, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, selain melancarkan kegiatan ekonomi.

Worldwide News, Local News in San Francisco, Tips & Tricks