Prestasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam telah melayakkan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dianugerahkan Anugerah Emas dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025 bagi kategori badan berkanun.
Melalui penambahan program inovatif seperti Akademi Latihan Insan (A.L.I), lebih 20,000 alumni telah dilatih dengan kemahiran praktikal, meningkatkan daya saing dan kemandirian ekonomi.
Dengan inovasi berterusan, tadbir urus yang kukuh, dan komitmen terhadap kesejahteraan ummah, Tabung Baitulmal Sarawak nyata layak menerima pengiktirafan tertinggi dan terus memperkukuh kesejahteraan masyarakat Islam di negeri ini.







