Sejak berabad lamanya, masyarakat di Sarawak, khususnya yang mendiami lembah sungai dan kawasan pedalaman, telah mengamalkan nilai gotong-royong dan bantu-membantu sebagai nadi kehidupan.
Nilai ini bukan sekadar warisan budaya, tetapi merupakan mekanisme kelangsungan hidup yang membolehkan komuniti menghadapi pelbagai cabaran, daripada kekurangan infrastruktur sehinggalah kepada ketidaktentuan harga hasil bumi.
Dalam bahasa Iban, konsep ini dikenali sebagai penyurop; dalam komuniti Melayu, ia disebut gotong-royong; manakala dalam masyarakat Orang Ulu, semangat kolektivisme ini terpancar dalam setiap aspek kehidupan seharian.
Nilai-nilai murni inilah yang menjadi landasan ideal kepada model perkongsian koperasi, satu pendekatan ekonomi kolektif yang dijanjikan mampu
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.
Peranan koperasi dalam komuniti terutamanya daripada segi aspek pembangunan sosial ekonomi komuniti setempat jelas dilihat melalui penyediaan peluang pekerjaan, pemasaran produk komuniti, peningkatan kemahiran komuniti melalui pendidikan dan lain-lain.
Program Bicara Ilmu ‘Memperkasa Komuniti Melalui Berkoperasi’ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak merupakan salah satu wadah untuk menjelaskan bagaimana berkoperasi mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat.
Pada zaman yang telah maju teknologinya hari ini, kemahiran digital amat diperlukan dan menjadi salah satu daripada prasyarat untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan serta menjadi penanda aras dalam kalangan masyarakat moden.
Koperasi Jukdian menawarkan produk-produk pelancongan seperti tempat penginapan atau inap desa (homestay) melalui Tapun Homestay. Inap desa ini pernah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Ilham Desa Peringkat Zon yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2010.
Gerakan koperasi berupaya menjadi saluran untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti perkumpulan. Penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus menjana pendapatan negara.
Gerakan koperasi di Malaysia yang wujud sejak 100 tahun lalu mampu memacu perkembangan ekonomi negara serta diyakini berperanan sebagai entiti perusahaan sosial dalam membantu anggota dan masyarakat.
Koperasi mampu bertindak sebagai pemacu ketiga ekonomi negara meneroka perniagaan berskala besar dalam bidang seperti bio teknologi, industri herba, automotif, perkhidmatan teknologi maklumat, industri makanan halal, bio komposit, perkapalan, perabot dan pembuatan melalui program vendor dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat gergasi multinasional.