rakan01sarawak

About

spot_img

Siapsiaga Hadapi Kecemasan dan Bencana

Malaysia merekodkan kerugian sebanyak RM933.4 juta akibat banjir tahun 2024, bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta dan yang terkini 2024 banjir besar di Sarawak yang menyebabkan kerugian RM27 juta dengan menjejaskan sejumlah 618,108 buah rumah kediaman terutama di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Strategi konvensional dalam kesiapsiagaan bencana sudah tidak memadai dalam menghadapi realiti iklim yang semakin ekstrem. Dengan meneliti data impak bencana terkini serta cabaran geografi Sarawak, ia memerlukan pendekatan baharu yang lebih agresif—merangkumi teknologi ramalan berasaskan AI, aplikasi amaran awal, serta peranan penting komuniti tempatan dalam pelan kecemasan setempat dengan mengambil contoh luar negara seperti negara Jepun.

Lebih 2.9 Juta Ekar Tanah NCR Telah Disukat

Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf hak adat Bumiputera Sarawak ke atas tanah mereka seawal tahun 1960an lagi dan usaha ini merupakan usaha berterusan.

Projek KIK Bantu Menyelesaikan Tunggakan Cukai Taksiran

Masalah kutipan cukai taksiran untuk pihak berkuasa tempatan di Malaysia mencecah jumlah yang agak besar. Berdasarkan kajian awal tahun 2000, jumlah mencecah 60 bilion dan di Sarawak sahaja jumlah mencecah 100 juta. Keadaan ini sudah pastinya menganggu kelancaran projek pembangunan di sesebuah kawasan pentadbiran perbandaran, sebab wang daripada cukai taksiran inilah yang akan digunakan untuk perkhidmatan kutipan sampah, penyelenggaraan lampu dan jalan dan sebagainya.

Penambahbaikan Perkhidmatan Berterusan

Walaupun Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkeluasan 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS), ini tidak menghalang MDLBS memberikan perkhidmatan terbaiknya mengikut kapasitinya.Ini dapat disaksikan sejak tiga (3) tahun kebelakangan (2022-2024), MDLBS telah banyak melaksanakan beberapa penambahbaikan Perkhidmatan

Sibu Jaya Sokong Pembangunan Bandar Sibu

Memiliki bangunan sendiri di Sibu Jaya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan jadikan Sibu Jaya sebagai pusat satelit atau bandar berkembar bagi menyokong pembangunan bandar Sibu di bawah MPS dan MDLBS sebagai agensi peneraju pentadbiran dapat memastikan bekerjasama dengan agensi swasta seperti Amcorp Berhad untuk merancakkan serta memastikan pertumbuhan progresif di Sibu Jaya.

Serian Memacu Pertanian

Sektor pertanian terutamanya di Serian kini berada pada fasa baharu dengan ramai masyarakat sudah mengambil bahagian, namun beberapa pendekatan seperti teknologi baharu dan pintar perlu diaplikasikan bagi menggandakan pengeluaran untuk memenuhi permintaan dan memperluaskan pasaran luar.

Worldwide News, Local News in San Francisco, Tips & Tricks