Kecemerlangan JANMS Sarawak dalam AKPANS 2025 bukan sahaja mencerminkan keupayaan warga jabatan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme, tetapi juga memperlihatkan kesungguhan dalam mengangkat standard penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berimpak tinggi.
Kejayaan JTS Sarawak meraih emas dan perak di MTE 2026 membuktikan inovasi digital seperti COMMANDS dan Poletervation menjadi pemangkin kesiapsiagaan negeri. Pengiktirafan antarabangsa ini memperkukuh reputasi Sarawak sebagai peneraju sektor awam global, selaras aspirasi PCDS 2030 menghadapi cabaran era digital.
UNIMAS memperkasa budaya kerja melalui inovasi dan pendigitalan sistem seperti aplikasi UNIMAS Now serta SPeeD untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Meskipun berdepan cabaran transformasi digital, komitmen ini membuahkan hasil melalui pencapaian Penarafan Emas AKPANS 2025, sekali gus memacu kecemerlangan organisasi.
Penambahbaikan perkhidmatan adalah satu perjalanan berterusan, bukan destinasi, dan kejayaannya diukur melalui pengalaman sebenar orang awam yang bergantung kepada perkhidmatan tersebut.
Dalam dunia yang pantas berubah dan penuh ketidaktentuan, persoalan utama yang dihadapi oleh setiap negara dan organisasi ialah bagaimana untuk mengekalkan kualiti sambil terus memacu inovasi.