spot_img
Home16 September Diisytihar

16 September Diisytihar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam persidangan Dewan Rakyat mengumumkan 16 September yang juga Hari Malaysia diisytiharkan sebagai cuti awam mulai tahun depan.

Tarikh tersebut penting sebagai memperingati  pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Beliau berkata antara pengisian hari Malaysia nanti akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -