spot_img
HomeSKMM BROADBAND FAIR 2009

SKMM BROADBAND FAIR 2009

Suruhanjaya Komunikasi Dan Muitimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak akan mengadakan SKMM Broadband  Fair 2009 pada 24 – 26 Julai 2009 bertempat di North Court A & B, The Spring Shopping Mall, Kuching pada 10:00 pagi – 10:00 malam.

Menurut kenyataan media SKMM, tersebut antara objektif utama pameran ini adalah seperti berikut:

  • Mewujudkan kesedaran mengenai jalurlebar sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran penembusan jalurlebar seperti mana termaktub di dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan;

  • Mewujudkan platform rangkaian hubungan di antara usahawan ICT, pihak berkuasa tempatan dan pengguna;

  • Mempromosikan peranan SKMM, agensi-agensi dan industri berkaitan di Sarawak.

Antara acara-acara yang akan diadakan ialah pameran teknologi yang berkaitan dengan broadband, promosi serta pakej menarik daripada pembekal perkhidmatan, persembahan artis jemputan, permainan dan cabutan bertuah serta ceramah kepada para pengunjung.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -