rakan07sarawak

About

spot_img

Adat Miring Diadakan Sebelum Berlangsungnya Aktiviti Penting

Biasanya upacara miring disempurnakan oleh Ketua Adat dengan membaca mantera yang khusus serta melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Upacara Miring dilakukan dengan menggunakan piring yang dibahagikan kepada Piring Turun Tiga; Piring Turun Lima; Piring Turun Tujuh; Piring Turun Lapan; dan Piring Turun Sembilan.

Kerajaan Cipta Peluang Pekerjaan Baharu

Kerajaan akan mempertingkatkan Program Pembangunan Keusahawanan yang berteraskan kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) untuk memupuk minda yang bersesuaian kepada mereka yang berminat menjadi usahawan. Tumpuan akan diberikan kepada usaha membangunkan pelajar dengan set kemahiran keusahawanan kerana ia akan mewujudkan lebih banyak graduan yang boleh mencipta peluang pekerjaan.

Ketersambungan Infrastruktur Rangsang Pertumbuhan Ekonomi

Penyediaan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang cekap dan inklusif akan terus diberi perhatian dengan meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam, mempertingkat fasiliti perdagangan dan memperkukuh institusi serta rangka kerja awal selia.

OACP Beri Impak Positif Kepada Organisasi

OACP Pentadbiran Bahagian Bintulu (OACP-PBB) yang telah dilaksanakan pada 1 April 2021 merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

Pembangunan Wilayah Tangani Ketidakseimbangan Sosioekonomi

Ketidaksamaan dan ketidakseimbangan antara negeri, dalam negeri dan wilayah masih wujud dan jurang pembangunan di antara kawasan luar bandar dan bandar pula masih berterusan. Oleh itu, dalam tempoh RMK-12, usaha akan dipergiatkan untuk mempercepatkan pembangunan yang lebih inklusif bagi negeri dan wilayah serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Teknologi 4IR Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Negara

Dalam RMK-12, Kerajaan akan mempercepat penerima gunaan teknologi digital dan teknologi termaju untuk mewujudkan peluang baharu, secara tidak langsung, ia akan memaksimumkan potensi ekonomi digital serta mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Worldwide News, Local News in San Francisco, Tips & Tricks