spot_img

Category: Featured

Penyampaian Perkhidmatan Melalui Penggunaan Media Sosial

Khidmat pelanggan dan penyampaian perkhidmatan JBALB banyak dapat diperbaiki melalui penggunaan media sosial. Ini termasuk pemaparan notis penggendalaan kerja, laporan peristiwa-peristiwa yang melibatkan JBALB, acara-acara anjuran JBALB, program kesedaran, pameran dan banyak lagi.

Inisiatif MyDIGITAL Sasar Sedia Kemudahan Transaksi Tanpa Tunai

Bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam gelombang pendigitalan, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan asas bagi transformasi negara ke arah ekonomi digital yang maju. Ini bermaksud membina infrastruktur, menggalakkan inovasi dan mewujudkan ekosistem untuk kita menyumbang ke arah taraf hidup yang lebih tinggi dengan hasilnya akan dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

JBALB Laksana 321 Projek

Projek-projek yang JBALB laksanakan ini mampu menangani isu bekalan air bersih yang sering dihadapi penduduk Sarawak terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman sudah dapat diatasi. Projek Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti Sarawak dan JBALB bagi memastikan penduduk di Sarawak terutama masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih baik serta berterusan.

Tingkat Sistem Penyampaian Air Luar Bandar Era Digital

Pendigitalan penggunaan air adalah bidang yang masih baharu di Malaysia. Ia melibatkan pemasangan meter pintar (smart meter) di mana penggunaan air oleh pengguna dapat dipantau secara masa nyata (real time monitoring).

Bersiap Sedia ke Fasa Seterusnya Pendigitalan Pengurusan Air

Pendigitalan Operasi Rawatan Air memberi kemudahan kepada pihak ibu pejabat JBALB untuk membuat penambahbaikan pada proses-proses rawatan serta mendapat maklumat lebih awal tentang sebarang kemungkinan kerosakan atau gangguan pada proses rawatan air di loji rawatan air

Pendigitalan Pengurusan Bekalan Air

Kewujudan JBALB Command Centre berupaya menyelesaikan banyak isu dan masalah dalam sistem perkhidmatan pembekalan air seperti pemantauan bekalan air dan kualiti air yang masih manual, pemantauan sistem pengagihan dalam paip air yang tidak sistematik, pemantauan penggunaan bekalan air oleh pengguna yang tidak konsisten dan kadar ketidakberhasilan air (NRW) yang tinggi.

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img