Di Wisma Bapa Malaysia

YB Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada 1 Februari 2021 yang lalu telah meluangkan masa melakukan lawatan kerja ke projek “Penambahbaikan Fasiliti Di Wisma Bapa Malaysia.”
Semasa lawatan tersebut, Datuk Amar Jaul dan rombongan diberi taklimat oleh Encik Cassidy Morris, (Ketua Projek JKR) mengenai kemajuan semasa projek ini.

Kemajuan fizikal pada masa ini adalah 87.2%.
Hadir sama ialah Encik Nicholas Sia (Pengarah Unit Pentadbiran JKM), Encik Abdul Rahman Sebli Senusi (Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri), Encik Chang Kueh Chin (JKR Wilayah Selatan), pegawai dari JKR Sarawak, Perunding dan Kontraktor.






