1.LATAR BELAKANG PROJEK Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9, telah diluluskan 50 buah projek Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dengan siling peruntukan berjumlah RM3juta bagi setiap KSK. Justeru, 7 buah KSK telah dibina dalam Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai Jun 2007 dengan kos bernilai antara RM3.1 juta hingga RM3.6juta.
Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (KSK, RMKe-9), Kementerian telah mengkaji semula pelaksanaan projek-projek yang masih dalam perancangan seperti sedang dalam poses kenalpasti tapak kerana tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan program pembangunan insan dan mengurangkan pembinaan infrastruktur fizikal. Kementerian telah bersetuju supaya pembinaan kemudahan-kemudahan sukan dilaksanakan dalam Skala yang lebih kecil dengan kos yang lebih rendah. Memandangkan pembinaan 50 buah KSK yang telah diluluskan hanya melibatkan 50 kawasan Parlimen dan banyak lagi kawasan Parlimen / DUN yang masih tidak mendapat kemudahan tersebut, Kementerian mencadangkan Pembinaan 2 buah Gelanggang Sukan Pelbagai Guna di setiap Dewan Undangan Nageri (DUN) menggunakan peruntukan sedia ada. 2.OBJEKTIF PROGRAM / PROJEK a)Dasar Sukan Negara memberi penekanan kepada dua dimensi iaitu Sukan Prestasi Tinggi bertujuan untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam konteks pertandingan dan kecemerlangan sementara Sukan massa memberi tumpuan kepada kegiatan kecergasan bertujuan bagi melibatkan penyertaan ramai dalam aktiviti kecergasan ke arah melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berbudaya sukan. b)Di samping itu usaha ini akan dapat menggalakkan semangat kesukanan dan penglibatan orang ramai dalam Sukan Massa. c)Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan adalah wajar kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan sukan langsung disediakan kemudahan sukan lain yang berskala lebih kecil sebanyak 1178 unit Gelanggang Sukan Pelbagai Guna dengan kos yang lebih rendah berjumlah RM176.7 juta keseluruhannya. d)Dapat memberi ruang yang seluas mungkin kepada segenap lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi untuk melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti kecergasan dan memberi ruang kemunculan atlet-atlet sukan dalam pelbagai bidang untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. 3. KOMPONEN PROJEK Kementerian bercadang untuk membina kemudahan-kemudahan sukan yang diminati oleh masyarakat setempat. Keutamaan akan diberi kepada lapan sukan teras. Aktiviti sukan yang dijalankan boleh dibuat sama ada dalam bentuk pertandingan mahu pun berdasarkan penyertaan ramai. Konsep kuantiti dan kualiti di dalam bidang sukan perlu diberi keutamaan. Hasrat ini adalah selari dengan matlamat Kementerian dan juga Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan yang mahu melihat Malaysia muncul semula sebagai antara kuasa utama sukan di peringkat serantau selain masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat dan aktif. Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan komponen yang terdapat di dalam gelanggang adalah jenis sukan kegemaran masyarakat komuniti atau sukan-sukan massa. Antara sukan yang dicadangkan adalah; i. Gelanggang futsal ii. Gelanggang Bola Keranjang iii. Gelanggang Sepak Takraw Lokasi Tempat : 589 DUN (minima 2 tapak) Keluasan Tanah : 60 meter X 36 Meter Keluasan Gelanggang : 30 meter X 20 meter Setiap projek akan mengandungi komponen-.komponen berikut: a.Gelanggang Sukan Pelbagai Guna (Terbuka) b.Cat permukaan yang kalis air c.Kelengkapan gelanggang yang mudah alih d.Pemagaran kawasan 4. ANGGARAN KOS PROJEK Anggaran kos untuk pembinaan Gelanggang Sukan Pelbagai Guna adalah sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu sahaja. Sebanyak 1178 buah Gelanggang yang melibatkan 589 DUN/ Parlimen akan dibina dan anggaran keseluruhan berjumlah RM176.7juta. 5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK 45% dari masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan belia yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Kumpulan ini merupakan kumpulan berisiko tinggi dan bagi mengisi masa lapang mereka, kemudahan-kemudahan bersukan clan berekreasi perlu diwujudkan. Kementerian percaya dengan penglibatan belia dalam aktiviti sukan dan kecergasan termasuk lapan sukan teras akan dapat mengatasi masalah gejala-gejala sosial yang semakin bertambah dan ini sekali gus akan dapat menarik ramai belia yang bermastautin di kawasan luar bandar dan di sekitar gelanggang ini untuk mencebur dalam bidang sukan yang diminati. 'Sports at the doorstep of the youth' seperti yang terdapat di Australia, Britain dan Singapura. 6.JUSTIFIKASI PROJEK Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan supaya dibina Gelanggang Sukan Pelbagai Guna di kawasan-kawasan di mana tidak mempunyai kemudahan sukan langsung dengan keutamaan diberi kepada kawasan¬-kawasan luar bandar tidak mempunyai kemudahan sukan yang mencukupi. Dengan adanya kemudahan ini aktiviti sukan akan menjadi berkembang di semua peringkat dengan penyertaan ramai masyarakat. Masyarakat akan dibentukuntuk menjadikan aktiviti sukan sebagai ‘social obligation'. Keadaan ini amat besar sumbangannya ke arah menjadikan Malaysia sihat dan cergas di samping menyumbang ke arah perkembangan mutu sukan negara. Keadaan ini adalah permulaan yang cukup baik kepada semua pihak untuk mencungkil bakat-bakat barn bagi diketengahkan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa. Usaha-usaha ini akan dapat membantu menggerakkan misi dan visi Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kerajaan ke arah mencapai matlamat Negara dan rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2020.