Langkah ini akan dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa.Untuk melaksanakan NKRA ini, Kerajaan akan:
- Menggubal Whistle Blower Act bagi menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku yang lain. Akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. Akta ini akan diperkenalkan pads tahun 2010;
- Menubuhkan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah. Pada masa ini, hanya, terdapat 2 buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan 2 lagi di Shah Alam; dan
- Meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk, mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.






