spot_img
HomeKumpulan Wang Persaraan

Kumpulan Wang Persaraan

Satu kumpulan wang yang dikenali sebagai
Kumpulan Wang Persaraan akan menggantikan Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk
mentadbir dan mengurus wang persaraan untuk pesara kerajaan.

Penubuhan kumpulan wang yang baru itu akan
dilaksanakan apabila Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006
menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 yang dibentangkan pada
persidangan Dewan Rakyat baru-baru.

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan
2006 itu dibuat bertujuan untuk memperbadankan Kumpulan Wang Persaraan dan
untuk menubuhkan Kumpulan Wang Persaraan.

Menurut rang undang-undang itu, Kumpulan
Wang Persaraan akan digunakan bagi kos pembayaran pencen, ganjaran atau faedah
lain yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam dan pekerja pihak berkuasa
berkanun dan tempatan.

Kumpulan wang yang baru itu akan diuruskan
dan ditadbir oleh satu Lembaga yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian
Kewangan.

Lembaga itu akan dianggotai 11 orang,
termasuk masing-masing seorang wakil dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan,
tiga wakil kerajaan Malaysia dan tiga yang lain daripada sektor swasta yang
mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan atau kewangan.

Menurut rang undang-undang itu suatu Panel
Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara mengenai pelaburan
Kumpulan Wang juga akan ditubuhkan.

Panel Pelaburan yang akan terdiri daripada
tujuh anggota termasuk seorang pengerusi itu, antara lain boleh melaburkan
Kumpulan Wang sebagai deposit dalam Bank Negara Malaysia, mana-mana bank atau
institusi kewangan berlesen, mana-mana bank Islam dan mana-mana bank atau
institusi kewangan berlesen di luar Malaysia dalam apa-apa mata wang termasuk
ringgit.

Cuepacs walau bagaimanapun tetap dengan
pendirian tegasnya untuk menolak cadangan kerajaan melaksanaan Skim Faedah
Pencen Bercarum untuk kakitangan awam, kata presiden barunya, Omar Osman.

Kerajaan telah mengumumkan Julai lepas
bahawa ia akan mengkaji untuk memansuhkan skim pencen terbitan yang dinikmati
oleh penjawat awam sekarang dan menggantikannya dengan skim pencen bercarum
melalui KWSP. Ia dijangka dilaksanakan tahun depan selepas Akta Pencen 1980
dipinda.

Cuepacs berpendapat skim pencen yang ada
sekarang lebih baik kerana ia dianggap sebagai penghargaan daripada kerajaan
terhadap khidmat yang diberikan oleh kakitangan awam.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam jawapan bertulisnya pada persidangan Dewan Rakyat
berkata skim tersebut lebih lumayan daripada skim yang ada sekarang.

Katanya ia melibatkan caruman kerajaan dan
kakitangan awam kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sepanjang
perkhidmatan mereka.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -