spot_img
HomeNewsPaparan Semasa | News FeatureMeminimum Keterancaman Masyarakat Terhadap Bencana

Meminimum Keterancaman Masyarakat Terhadap Bencana

Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2017 telah diadakan di Tebingan Kuching pada 8 Oktober dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Shahidan Kassim yang mewakili Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) YBhg Datu Jaul Samion dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) YBhg Dato’ Abdul Rashid Harun.

Bertepatan dengan tema ‘Komuniti Teguh Membina Daya Tahan’, BKN kali ini memberi fokus kepada pembangunan komuniti yang berdaya tahan di dalam menguruskan risiko bencana dengan objektif untuk meminimum keterancaman masyarakat terhadap bencana melalui pengurangan keterdedahan kepada bencana dan pembentukan komuniti yang berdaya tahan, menerap budaya kesiapsiagaan di kalangan masyarakat dengan meningkatkan kesedaran awam dan memastikan semua agensi di semua peringkat pentadbiran sama ada negeri dan persekutuan bersiapsiaga untuk menghadapi risiko bencana.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah BKN 2017 berdasarkan kepada beberapa kawasan di negeri ini yang berisiko dan terancam dengan bencana terutamanya banjir seperti di Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Miri, Limbang dan Sri Aman.

Sasaran BKN adalah komuniti dan pengurusan bencana di peringkat daerah didedahkan dengan kesedaran untuk bersiap sedia menghadapi bencana dengan menyebarkan maklumat kepada ahli keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.

Menurut YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, inisiatif Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti atau CERT adalah contoh terbaik dalam kesiapsiagaan awal menghadapi bencana dengan penglibatan penduduk yang aktif.

Beliau turut memuji program-program komuniti yang telah banyak dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini oleh CERT yang diselaraskan oleh Unit Keselamatan Ngeri (UKN) dengan kerjasama semua agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN).

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -