spot_img
HomeArchiveMenangani Stres Di Tempat Kerja

Menangani Stres Di Tempat Kerja

Stres pekerjaan berlaku apabila pekerja menghadapi tuntutan dan
tekanan kerja yang tidak sepadan dengan pengetahuan dan kebolehan
mereka.

Punca-Punca Stres Pekerjaan

  • Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas
  • Perkembangan kerjaya,status dan gaji yang tidak memuaskan
  • Peranan yang berkonflik
  • Tugas yang membosankan dan tidak bermakna
  • Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal
  • Konflik dan kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan
  • Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah

Gejala Stres Pekerjaan

  • Tidak gembira
  • Kecewa
  • Cepat marah
  • Berasa marah atau geram
  • Berasa tiada harapan
  • Gelisah dan risau berlebihan
  • Kurang motivasi
  • Kurang tumpuan
  • Tidak dapat membuat keputusan
  • Kurang minat
  • Kelesuan
  • Masalah tidur
  • Tingkah-laku agresif
  • Merokok berlebihan
  • Penyalah-gunaan alkohol dan dadah
  • Sakit kepala atau sakit badan

Bagaimana pekerja boleh belajar menangani stres pekerjaan

1.Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
-Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
-Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

2.Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran,
kepercayaan atau perasaan negatif atau tidak rasional kerap kali
menyebabkan salah faham. Sekiranya keadaan ini berlaku:
-Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
-Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
-Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah.

3.Berkomunikasi secara berkesan
-Jadikan pendengar yang baik
-Berkomunikasi secara asertif
-Luahkan pendapat anda secara jelas,tepat dan tegas
-Hormati pandangan orang lain.
-Gunakan fakta, dan bukannya mengikut perasaan.

4.Tangani kritikan dengan baik
-Apabila anda dikritik, anda harus bertenang dan tentukan apa yang anda boleh percaya
-Sekiranya kritikan itu bersifat membina, anda harus menerimanya dan mengambil langkah yang sewajarnya
-Sekiranya
kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda, anda harus
mendapatkan lebih maklumat dan perbetulkan tanggapan yang salah itu.

5.Tangani kemarahan secara berkesan
-Tiga langkah yang penting

Berhenti : akui bahawa anda sedang marah, dan cuba bertenang
Berfikir: rancang fikiran anda
Bertindak : gunakan daya tindak yang berkesan.

6.Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL
I – Kenal pasti masalah (Identify the problem)
D – Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)
E – Nilaikan akibat setiap pilihan (lelebihan dan kelemahan) (Evaluate pros dan cons)
A – Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act based on the best possible action)
L – Belajar dan semak semula (Learn)

Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah,
kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan
orang yang boleh dipercayai, berdoa dan lain-lain

7.Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
-Akuikah anda hanya masa 24 jam sehari
-Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan.
-Delegasikan tugas anda secara berkesan

8.Amalkan cara hidup sihat
-Bersenam selalu
-Makan secara sihat
-Tidak merokok
-Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
-Belajar teknik relaksasi (muzik,meditasi dan lain-lain)


(Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -

Previous article
Next article