spot_img
HomeNewsDari RAKAN SarawakNEMOSYS Memudahkan Proses Penyeliaan Kerja Pihak Kontraktor di Lapangan

NEMOSYS Memudahkan Proses Penyeliaan Kerja Pihak Kontraktor di Lapangan

– dipetik dan disesuaikan daripada keluaran RAKAN Sarawak October-December 2021 –

RAKAN 4Q2021-11

Majlis Daerah Sarikei (MDS) melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), iaitu kumpulan Vision 6 telah tampil dengan projek inovasi yang dinamakan sebagai ‘NEMOSYS’ (New Monitoring System).

NEMOSYS merupakan sebuah aplikasi yang mampu memantau perkhidmatan kebersihan bandar secara dalam talian menerusi sistem pemantauan KOBO Toolbox.

Aplikasi ini berfungsi sebaik sahaja pihak kontraktor menghantar laporan harian secara dalam talian menerusi telefon pintar.

Laporan dihantar pada masa sebenar (real time) ketika penyelenggaraan dilakukan seterusnya membolehkan pegawai MDS membuat penyeliaan secara dalam talian terhadap kerja-kerja pihak kontraktor.

Melalui aplikasi NEMOSYS, masalah kekurangan pegawai MDS untuk melakukan kerja-kerja penyeliaan tapak projek dapat diatasi

Pihak MDS akan menerima laporan dalam masa sebenar, seterusnya akan diperiksa oleh pegawai untuk disahkan laporan tersebut jika perlu.

Aplikasi NEMOSYS telah menggantikan kaedah penyeliaan kerja-kerja pihak kontraktor di lapangan menerusi sistem demerit yang digunakan oleh MDS sebelum ini. Dari segi hasil, proses kerja penyeliaan tapak projek menjadi lebih efisien.

Perbandingan sebelum dan selepas di antara penggunaan sistem demerit dengan aplikasi NEMOSYS dinyatakan seperti berikut:

Sistem DemeritNEMOSYS
Kakitangan MDS menyelia kerja kontraktor sepenuhnya Tiada laporan dari kontraktorKontraktor menyelia sendiri kerja-kerja kontrakLaporan kerja harian dihantar secara dalam talian
Pembayaran penuh harga kontrak jika kontraktor dapat mencapai 75 peratus markah yang telah ditetapkan oleh penyelia MDSPembayaran berpandukan pencapaian kerjaHarga kontrak dibayar berpandukan pada peratus pencapaian dan tiada pembayaran penuh
Semua jumlah pembayaran kerja berpandukan kepada laporan penyelia MDSPembayaran kerja kontrak berpandukan 50 peratus daripada laporan harian kontraktor dan 50 peratus daripada laporan penyelia MDS
Tiada sasaran ditetapkan untuk dicapaiTerdapat sasaran kerja yang ditetapkan oleh Majlis yang perlu dicapai oleh kontraktor
Analisis laporan kerja tidak dilakukanAnalisis laporan kerja dapat dilakukan dengan mudah
Tiada laporan kerja melalui pemetaanDapat menganalisis laporan kerja melalui pemetaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS)
Aduan harus diambil Tindakan dalam masa tiga (3) hariAduan hendaklah di ambil tindakan dalam masa 24 jam
Penyelia menghadapi masalah untuk mencari lokasi kerja kontraktor pada sesuatu masaMelalui laporan harian online yang dapat diterima secara “real time” dan memudahkan penyelia MDS mengetahui lokasi kerja pihak kontraktor pada sesuatu masa
Penyeliaan kerja hanya dilakukan oleh kakitangan dari unit tertentuSemua kakitangan MDS telah dilantik menjadi penyelia yang bertanggungjawab untuk kawasan tempat tinggal mereka

Melalui aplikasi NEMOSYS juga, masalah kekurangan pegawai MDS untuk melakukan kerja-kerja penyeliaan tapak projek dapat diatasi.

Kelebihan lain aplikasi berkenaan ialah, pihak kontraktor akan lebih komited untuk memastikan kerja di lapangan berjalan dengan baik, seterusnya menjadikan proses penyeliaan oleh pegawai penyelia MDS lebih mudah dan efektif.

Signifikan projek KIK oleh kumpulan Vision 6 ini adalah selari dengan visi dan misi MDS sebagai Pusat Model Kemajuan Komuniti Menjelang 2020 dan komited untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran secara menyeluruh dan berkualiti dengan mewujudkan persekitaran yang bersih, menyediakan kemudahan infrastruktur asas serta kemudahan awam yang lengkap dan teratur untuk membangun dan memajukan komuniti setempat.

KIK Vision 6 MDS

Projek berkenaan telah memantapkan lagi fungsi MDS dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan efisien secara berterusan.

Pada masa yang sama, projek tersebut juga dapat membantu MDS meningkatkan kepuasan pelanggan, menambah baik perkhidmatan, menambah nilai amalan baik organisasi dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta meningkatkan penyeliaan terhadap perkhidmatan luaran. Lebih daripada itu, projek KIK NEMOSYS merupakan inisiatif oleh MDS sebagai mendukung pendigitalan proses kerja dalam perkhidmatan awam selari dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Bertaraf Dunia.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -