spot_img
HomeNewsDari RAKAN SarawakPelancongan Lestari di Padawan

Pelancongan Lestari di Padawan

Kampung Sadir, Padawan mungkin kelihatan sederhana pada pandangan mata, namun di sinilah tercetusnya sebuah kisah keusahawanan yang sarat dengan keberanian, kesetiaan kepada akar budaya, dan visi yang melangkaui keuntungan material.

Kisah ini adalah tentang Saloma anak Gaguk, seorang wanita Bidayuh yang membuktikan bahawa keusahawanan lestari mampu menjadi alat pemerkasaan komuniti dan pemeliharaan warisan.

Melalui satu temu bual yang dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp bersama RAKAN Sarawak, perjalanan Saloma sebagai pengasas Saloma’s Villagestay tersingkap sebagai sebuah kisah yang berlapis dan sarat makna.

Pelancong antarabangsa berpeluang mempelajari cara penyediaan masakan tradisional Bidayuh

Sejak di bangku kuliah lagi, Saloma telah menyimpan impian untuk kembali ke Kampung Sadir, walaupun pada awalnya hasrat itu berakar daripada tanggungjawab keluarga.

Pengalaman hidupnya sebagai pencinta alam dan pengembara pula membuka perspektif baharu tentang potensi pelancongan di kawasan luar bandar yang kaya dengan warisan budaya dan khazanah alam semula jadi.

Semasa menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), Saloma aktif terlibat dalam aktiviti luar seperti pendakian, perkhemahan, aktiviti air, dan pengembaraan alam semula jadi.

Beliau juga bekerja sebagai pemandu pelancong bebas, membawa pelancong meneroka gunung, air terjun dan kawasan hutan sekitar Padawan.

Pengalaman ini memperkukuh keyakinannya bahawa Kampung Sadir memiliki khazanah alam dan budaya yang sangat bernilai.

Baca artikel lengkap di :

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -