singkatnya Randau Q akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2006) bagi
meningkatkan keberkesanan program pembangunan kualiti di negeri
Sarawak, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz
bin Dato Haji Husain.
menjelajah dari daerah ke daerah, dan akan dijadikan forum untuk
menilai usaha-usaha kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan dalam
Perkhidmatan Awam Negeri.
Jelas
beliau lagi, melalui pendekatan Randau Q ini, diharap amalan budaya
kualiti boleh dihayati dan difahami oleh agensi-agensi pelaksana dan
seluruh penjawat awam sehinggalah ke ketua-ketua masyarakat di
peringkat akar umbi.
melalui pelaksanaannya lahirlah program seperti Sistem Cadangan Q,
Sistem Maklumbalas Q, Sistem Pemeriksaan Q, Sistem Proses Q, Sistem
Maklumat Q, Slogan Q dan Hari Q.
yang telah berjaya dilaksanakan secara perintis di Jabatan Perbendaraan
Negeri, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dan
Pejabat Residen Bahagian Mukah.
14 buah agensi Kerajaan Negeri telah mendapat pensijilan MS ISO
9000:2000, manakala 111 buah agensi lagi dalam pelbagai peringkat
pelaksanaan seperti peringkat dokumentasi, audit dan pematuhan.
Sebanyak 91 buah agensi kerajaan di negeri ini telah memperolehi
pensijilan MS ISO 9000: 1994.
|
Randau Q
Program Randau Q adalah inisiatif Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ),
Jabatan Ketua Menteri yang diyakini boleh dijadikan forum berkesan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan kualiti.
Melalui
pelaksanaan Randau Q, usaha-usaha peningkatan produktiviti dan kualiti dapat dibincang, dinilai dan dikaji semula bersama dengan agensi pelaksana. Hasil
daripadanya, amalan budaya kualiti akan mudah dihayati secara berkesan dengan adanya dialog di antara agensi pelaksana di peringkat akar umbi dan pengurusan atasan di peringkat negeri. Antara objektif utama Randau Q diadakan ialah :
Beberapa pengisian seperti ceramah kualiti dan lawatan ke agensi-agensi di peringkat akar umbi akan diadakan semasa Randau Q.
Selain
itu, turut diadakan nanti adalah dialog dan berkongsi rahsia kejayaan dengan agensi-agensi yang pernah memenangi anugerah kualiti di peringkat Kebangsaan di samping meninjau secara dekat usaha-usaha produktiviti dan kualiti di agensi yang dilawati.
|






