spot_img
HomeNewsDari RAKAN SarawakSALCRA Laksana Sembilan Projek Berimpak Besar Dalam RMK-12

SALCRA Laksana Sembilan Projek Berimpak Besar Dalam RMK-12

– dipetik dan disesuaikan daripada keluaran RAKAN Sarawak October-December 2021 –

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) akan melaksanakan sembilan (9) projek pembangunan berimpak besar dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), menurut Pengurus Besarnya Encik Joseph Blandoi yang ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak.

Pengurus Besar SALCRA, Encik Joseph Blandoi menjelaskan tentang projek-projek yang giat dilaksanakan oleh SALCRA

Sembilan projek yang telah menerima peruntukan dan sedang atau akan dilaksanakan di bawah RMK-12 ialah;

  1. Projek Tanam Semula Kelapa Sawit Di Pelbagai Daerah di Estet Sedia Ada bernilai RM284,023,500
  2. Projek HIP bernilai RM74,000,000
  3. Projek Kitar Semula Sisa Kilang Kelapa Sawit bernilai RM21,239,000
  4. Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bernilai RM2,500,000
  5. Program Ameniti Sosial bernilai RM2,900,000
  6. Program Khas Bumiputera Sarawak (PKB) bernilai RM2,000,000
  7. Projek Lot Title Survey bernilai RM10,000,000
  8. Projek Penyenggaraan Jalan MARRIS bernilai RM3,500,000
  9. Projek Pembangunan Mekanisasi dan Automasi bernilai RM10,000,000

Projek tanam semula kelapa sawit di pelbagai daerah di estet sedia ada yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi kawasan peserta tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 30,196 hektar.

Projek HIP: Adoption of In – Situ Land Development Concept for The Planting of Oil Palm on Gazzeted NCR Land In Sarawak yang turut mendapat peruntukan dana daripada KPLB merangkumi kawasan tanah peserta NCR seluas 5,000 hektar.

Projek Kitar Semula Sisa Kilang Kelapa Sawit melibatkan kerja memproses penggunaan tandan kosong (EFB) menjadi baja kompos, pelket dan serat sabut kering (dried long fibre) serta mengitar semula sisa kumbahan kilang sawit (POME) untuk kegunaan kilang sebagai bahan bakar alternatif.

Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi peserta ladang estet SALCRA melibatkan Program Bantuan Penternakan, Tanaman Pertanian dan Ekonomi Desa termasuk Latihan dan Pemasaran.

Projek tanaman nenas di bawah SALCRA
Penyerahan anak-anak itik kepada peserta Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)
Anak-anak itik yang diserahkan kepada peserta program AET
Projek ternakan kelulut

Program Ameniti Sosial melibatkan kerja-kerja membina jambatan besi dan menyiapkan dewan komuniti berstruktur besi termasuk ruang utiliti, tandas awam, dan pentas sementara untuk kegunaan penduduk setempat.

Program Khas Bumiputera Sarawak (PKB) pula merangkumi projek pembangunan tanah NCR manakala Projek Lot Title Survey – Section 18 melibatkan kerja-kerja survei (Section 18 of Sarawak land Code) bagi tanah NCR yang dibangunkan oleh SALCRA.

Program Penyenggaraan Jalan MARRIS melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan estet sepanjang 33 kilometer di pelbagai daerah.

Program Pembangunan Mekanisasi dan Automasi merangkumi pengumpulan, pengangkutan, membaja, merumpai dan laluan untuk mekanisasi.

Selain daripada itu, beberapa projek baharu juga telah dirancang untuk dilaksanakan antaranya Projek Tanam Semula Kelapa Sawit di pelbagai daerah di estet sedia ada merangkumi kawasan tanah peserta NCR seluas 17,586 hektar dengan anggaran kos bernilai RM374,118,922.

Kedua ialah Projek Tanaman Kelapa Sawit di pelbagai daerah dengan anggaran kos bernilai RM178, 346,600 merangkumi kawasan tanah peserta NCR seluas 11,000 hektar.

SALCRA juga akan melaksanakan Projek Ternakan Lembu secara berintegrasi dengan kos dianggarkan bernilai RM10, 000,000.

Projek ini akan memfokuskan kepada pembiakbakaan dan fidlot bagi meningkatkan pengeluaran untuk menyokong kadar sara diri hasil ternakan di dalam negeri untuk daging lembu (Beef Self Sufficiency Level).

Projek Pusat Ternakan di Betong yang dianggarkan bernilai RM28, 000,000 melibatkan pemerolehan tapak seluas 300 hektar.

Projek ini adalah bagi menubuhkan pusat pembiakan dan pengeluaran ternakan berskala besar bagi menarik pelabur untuk turut serta di dalam menyokong pembangunan industri pertanian di dalam negeri.

Projek Tanaman Getah di Agropolitan Bukit Sadok dianggarkan bernilai RM297, 000,000 untuk pembangunan tanaman getah merangkumi kawasan seluas 10,000 hektar menggunakan “Rental Model”.

Projek Rubber Corridor Bukit Sadok yang akan menjalankan kajian terperinci untuk pembangunan industri hiliran getah di Agropolitan Bukit Sadok dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2, 000,000.

Menurut Encik Joseph, salah satu projek pemangkin yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah Sarawak Economic Action Council (SEAC) – Post COVID-19 Exit Economic Strategy ialah membangunkan tapak untuk membina Kilang Refineri dan Oleochemical di Bintulu yang dianggarkan bernilai RM365,000,000.

Projek ini melibatkan pemerolehan tapak seluas 30 hektar di Kidurong Industrial Park, Bintulu yang dianggarkan bernilai RM50 juta bagi membina dan mengoperasi kilang refineri dan oleochemical

RAKAN 4Q2021-45

Selain dilihat dapat menstabilkan harga pasaran buah tandan segar dan merancakkan pembangunan industri hiliran berasaskan kelapa sawi, projek ini juga akan dapat menarik pelabur untuk membangunkan industri minyak sawit di Sarawak.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -