Kesukaran dan ketiadaan platform atau pusat sehenti (one stop centre) untuk sukarelawan mencari program dan untuk agensi-agensi mempromosi program komuniti mereka telah mencetuskan idea kepada KIK MYSED Pro Max membangunkan aplikasi VolYouth Care.
Konvensyen yang diadakan buat pertama kali itu diyakini menjadi penggerak kepada usaha memupuk budaya inovasi khususnya, dalam kalangan warga kementerian berkenaan.
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang ditubuhkan pada 22 Ogos 2019 merupakan peneraju utama di dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan program holistik belia dan sukan Sarawak selaras Visi ‘A World Class Youth and Sport for All MYSED by 2030”.
Industri sukan bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk berkaitan sukan semata-mata, tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.