Penubuhan Akademi Aeroangkasa Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menandakan satu lagi langkah signifikan Sarawak memajukan ekonomi yang dipacu oleh data dan teknologi.
Aliran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) merupakan satu bentuk pembelajaran bersepadu disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara.
Penggunaan teknologi seperti sistem pengairan pintar dan analisis tanah untuk memastikan tanaman mendapatkan apa yang mereka perlukan untuk tumbuh dengan subur bukan saja berjaya meningkatkan kuantiti pengeluaran tetapi juga kualiti pengeluaran.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan masyarakat di luar bandar menjana ekonomi melalui platform yang dibangunkan rakan strategik dan meluaskan peluang pendidikan secara dalam talian.