spot_img
HomeNewsPaparan Semasa | News FeatureWetland Destinasi Pelancongan

Wetland Destinasi Pelancongan

Taman Negara Kuching Wetland berpotensi besar untuk dibangunkan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri ini. Taman tersebut mula diwartakan sebagai taman negara pada 2002, kaya dengan keindahan alam semula jadi sesuai bagi pengemar yang meminati alam semulajadi.

Ini diakui sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai YB Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Tanah Bencana Sedunia Peringkat Negeri Sarawak di Taman Negara Kuching Wetland, Tapak Ramsar, Sungai Lemidin baru-baru ini.

Antara tarikan utama taman berkenaan ialah ia dikelilingi hutan bakau air masin, habitat bagi monyet proboscis, kepelbagaian spesis burung, kemunculan ikan lumba-lumba irrawady.

Malah menurut beliau, kelibat buaya juga dapat dilihat di sepanjang Sungai Lemidin, Sungai Samariang, Lobak Kilong dan Sungai Gelugor. Ini memberikan beliau idea untuk mencadangkan kepada kerajaan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang agar sanktuari buaya diwujudkan di sekitar taman negara itu sebagai tarikan tambahan.

Beliau turut berkata beberapa usaha untuk melindungi sanktuari tersebut juga dicadangkan termasuklah akses ke Taman Negara Kuching Wetland (iaitu 20 kilometer perjalanan) hanya boleh dilalui menggunakan bot sama ada dari jeti Samariang Baru atau Kampung Telaga Air untuk ke situ.

(Foto kredit: Forest Department, Sarawak)

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -